Siakap Keli
Gambar: Bernama

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Selangor, 463 Kawasan Di Lima Wilayah Terlibat

Sebanyak lima wilayah di Selangor  akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan henti tugas sementara loji rawatan air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih), pada Selasa.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu berpunca daripada insiden pencemaran bau yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

”Berikutan henti tugas LRA Sg Semenyih ini, sebanyak 463 kawasan di 5 wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual,” katanya menerusi laman Facebook rasmi.

Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pembersihan telah mula dilakukan dan bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna.

”Walau bagaimanapun, memandangkan bacaan pencemaran bau telah berada pada tahap 0 ton pada jam 4 petang, 30 April 2022, LRA Sg Semenyih sudah mula beroperasi bagi memulakan proses pembersihan.

”Bekalan air bersih dan terawat dijangka akan dapat disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna bermula jam 12.30 pagi, 1 Mei 2022,” katanya menerusi laman Facebook rasmi.

Sehubungan itu, Air Selangor memaklumkan bahawa bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual.

”Bantuan alternatif melalui lori tangki telah digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.

”Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” tambah kenyataan.

Berikut merupakan senarai kawasan terjejas:

Hulu Langat:

Kuala Langat:

Putrajaya:

Sepang:

Petaling:

Sumber: Twitter Air Selangor, Website Air Selangor

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.