Siakap Keli
balik raya
Kredit Gambar: Keluarga/Bernama

Elak Rugi, Ini Cara Paling Mudah Kalau Nak Balik Raya Dengan Tenang Tahun Ni

Pantas waktu berlalu, kemeriahan Aidilfitri kini semakin dirasai dan kini rata-rata dari kita sedang berpusu-pusu untuk balik raya. Segala persiapan telah dilakukan termasuk membeli pakaian baharu dan menyediakan Duit Raya.

Seperti yang diketahui, tradisi memberikan Duit Raya kepada tetamu serta sanak-saudara dianggap sebagai sesuatu yang ‘wajib’ dilakukan ketika menyambut bulan yang mulia itu.

Bagaimanapun, tradisi itu nampaknya sedikit ‘pudar’ sejak dua tahun lalu disebabkan oleh pandemik yang melanda negara.

Kini ia mungkin akan dapat diteruskan semula kerana kita semua diberikan kelonggaran dan akhirnya dapat pulang menyambut Hari Raya di kampung bersama keluarga masing-masing.

Maka bersiap sedialah untuk menerima kunjungan kanak-kanak yang bakal ‘merobek’ poket duit anda.

Kebiasaannya, rata-rata dari kita akan bersiap-sedia dari awal untuk menukar duit raya di bank.

Tetapi sekarang ini anda tidak perlu lagi risau mengenainya kerana ada cara yang sangat mudah untuk memberikan duit raya tanpa perlu bersusah payah pergi ke bank.

Bagaimana caranya? Untuk pengetahuan, anda sebenarnya boleh menggunakan fungsi e-Duit Raya di dalam aplikasi MAE. Ia merupakan fungsi yang sangat berguna terutama ketika kita masih lagi dibelenggu virus ‘jahat’ pada ketika ini.

Lebih mengujakan, anda mungkin berpeluang untuk memenangi kereta Proton X50 jika menggunakan e-Duit Raya itu. Ingin tahu lebih lanjut? Mari baca perkongsian di bawah ini.

Apa yang menarik dengan e-Duit Raya?

Mudah bila ada e-Duit Raya ini kerana anda boleh terus menghantar duit raya kepada keluarga dan saudara mara dengan sangat pantas dan teratur.

Dengan setiap RM5 yang digunakan, anda akan berpeluang untuk bermain permainan Raya IstiMAEwa.

Anda boleh mula menggunakan e-Duit Raya bermula hari ini!

Bukan itu sahaja, anda juga sebenarnya boleh membuat ucapan raya secara maya menerusi e-Greeting.

Cara-cara guna e-Duit Raya

Buka aplikasi MAE dan klik pada e-Duit Raya

Seterusnya, anda perlu memilih sama ada untuk menghantar e-Duit Raya melalui fungsi Penghantaran Wang (akses pada contact anda) atau melalui fungsi Scan and Pay.

Kemudian, jika anda ingin menghantar ucapan, anda boleh klik pada e-Greeting untuk dihantar bersama duit raya tersebut. Pilihlah mana-mana design e-Duit Raya. Ada 4 design tau.

balik raya

Setelah selesai menghantar e-Duit Raya, anda berpeluang untuk bermain permainan Raya IstiMAEwa dan memenangi hadiah-hadiah yang menarik!

balik raya

Selain itu, menerusi kempen Raya IstiMAEwa Maybank ini, anda juga boleh membayar Zakat Fitrah di aplikasi MAE. Melalui aplikasi ini, anda hanya perlu memilih badan zakat mana yang diinginkan dan jenis-jenis beras. Kemudian, masukkan maklumat diri dan sistem di dalam aplikasi tersebut akan mengira pembayaran Zakat anda secara automatik.

Justeru, pembayaran Zakat Fitrah akan dilakukan dengan sangat mudah dan cepat.

Dalam pada itu, anda juga boleh melakukan transaksi perbankan lain seperti membayar bil, menambah nilai dan banyak lagi.

Menariknya, bila anda melakukan transaksi tersebut, anda berpeluang untuk bermain permainan Raya IstiMAEwa dan memenangi pelbagai hadiah yang hebat.

Kesemua ciri itu sentiasa tersedia di dalam aplikasi MAE tersebut. Jangan lupa, anda hanya boleh menyertai permainan dan mendapatkan hadiah menarik dalam tempoh tawaran sempena Raya IstiMAEwa ini sahaja.

Sementara itu, anda juga boleh memesan makanan daripada kedai-kedai tempatan menerusi fungsi Sama-Sama Lokal. Jangan lupa untuk menggunakan promo kod di bawah untuk mendapatkan diskaun hingga 50% + RM 10 rebat bayaran penghantaran.

balik raya

Menarik bukan? Jadi apa tunggu lagi, jom sama-sama kita ‘memeriahkan’ Raya IstiMAEwa ini dengan menggunakan e-Duit Raya dan pelbagai lagi ciri-ciri yang menarik.

Jika masih belum mempunyai aplikasi MAE, anda boleh memuat turun aplikasi tersebut di pautan berikut:

Google Playstore: https://play.google.com/store/apps/

Apple App Store: https://apps.apple.com/us/app/

Huawei App Gallery: https://appgallery.huawei.com/app/C104476551

 

Sofea

There's always another side to every story