Siakap Keli

Kecoh Geng Baju Hitam ‘Serang’ Kafe & Menghilang Tiba-tiba, Misteri Terungkai Dalam Siri Viu “Seribu Nina”

Korang mesti tertanya-tanya apa yang telah berlaku pada gadis yang hilang ketika sambut majlis hari jadi tu? Nah, apa kata korang ‘layan’ satu siri drama baharu di Viu sebab sekarang pelbagai variasi drama Melayu yang best untuk korang semua.

Tetapi, yang paling kecoh kenapa gadis itu hilang dan apa kaitan dengan sekumpulan individu misteri yang tiba-tiba muncul dan serbu orang dalam kafe tersebut? Adakah gadis itu adalah Nina?

Siapa Nina? Korang kena tonton siri Viu Original iaitu Seribu Nina.

Drama Viu Original Seribu Nina ini hanya ditayangkan secara eksklusif Viu. Jadi, cepat muat turun aplikasi Viu kalau korang masih belum ada. Gandingan hero dan heroin kegemaran rakyat Malaysia, Syafiq Kyle sebagai Amar yang jatuh cinta pada seorang gadis bernama Nina memulakan pencarian Nina yang sebenar kerana dia telah menemukan pelbagai versi Nina, ada yang lebih baik dari ‘Nina sebenar’.

Drama Viu Original ini juga menampilkan pelakon hebat seperti Adriana Adnan, Marsha Milan, Fahmy Reza dan ramai lagi.

Apa yang best tentang drama ni?

Drama ini adalah drama romantis komedi yang mengisahkan tentang Amar yang terfikir untuk mengahwini kekasihnya yang bernama Nina. Tetapi malangnya, dia tidak berjumpa dengan Nina yang sebenar sebaliknya menemukan pelbagai jenis versi Nina; ada yang gila, ada yang jadi pembunuh dan ada yang lebih sempurna dari ‘Nina sebenar’.

Apa yang menariknya, sepanjang ‘pengembaraan’ Amar mencari Nina, ada beberapa momen aksi yang berbahaya tetapi sangat kelakar. Nak tahu apa yang berlaku, hanya di ‘Seribu Nina’ di Viu Original.

Tak sabar nak tengok siapa Nina yang sebenar dan apa kaitan dengan individu misteri berbaju hitam dalam Drama Viu Original ini!

Jadikan tahun 2022 ini lebih bermakna selepas menonton drama romantis komedi yang bakal ditayangkan 19 Mei ini di Viu.

Tunggu apa lagi, jom ‘layan’ drama yang best tanpa had dan banyak lagi di www.viu.com.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang