Siakap Keli
Kredit: Google

Jejak Je Kaki Dalam Rumah Terus Rasa Tak Sihat, Awas, Ini Mungkin Tanda Rumah Anda Ada ‘Penghuni Lain’

Pernah tak anda rasa tak sedap badan secara tiba-tiba ketika memasuki sesebuah bangunan, tapi terus rasa sihat lepas meninggalkan bangunan tersebut?

Mungkin anda telah mengalami sindrom bangunan sakit, atau Sick Building Syndrome (SBS). Menurut portal MyHealth Kementerian Kesihatan (KKM), sindrom ini merupakan keadaan di mana seseorang individu mengalami simptom dan rasa tidak selesa tanpa sebab yang jelas ketika memasuki sesuatu bangunan.

Antara tanda SBS adalah sakit tekak, sesak dada, simptom seakan alergi seperti bersin, gatal-gatal, sakit kepala, pening, loya dan demam.

Malah, individu yang mempunyai masalah alergi atau pernafasan dikatakan berisiko mengalami simptom yang lebih teruk. Misalnya, pesakit asma akan mempunyai kecenderungan lebih tinggi diserang penyakit tersebut dalam bangunan berkenaan.

Bagaimana nak tahu jika sesebuah bangunan itu mempunyai ciri SBS?

Menurut KKM, kualiti persekitaran dalaman yang rendah adalah penyumbang kepada SBS. Antara faktor lain adalah masalah pengudaraan atau ventilasi, habuk yang banyak, asap tembakau, pencahayaan yang teruk, asbestos, formaldehyde dan bahan kimia dalam produk pencuci.

Malah, kehadiran ‘penghuni’ seperti hama dan kulat juga boleh menyumbang kepada masalah Sick Building Syndrome ini.

Justeru, Healthline menyarankan beberapa langkah untuk mengatasi masalah tersebut termasuklah dengan menggunakan produk pencuci yang kurang berbau serta menukar penapis secara berkala.

Selain itu, anda juga disarankan untuk kerap membersihkan habuk dengan menggunakan vakum. Hal ini kerana pendedahan berterusan terhadap pengudaraan dalaman yang berkualiti rendah berisiko menyumbang kepada masalah paru-paru termasuk asma.

Pilih vakum yang tepat

Pertama, pastikan vakum anda mempunyai sekurang-kurangnya 19,000 Pa daya sedutan atau 19 kPa. Ini untuk memastikan ia mampu menyedut segala jenis habuk dan kotoran seperti sisa makanan kering, habuk, sawang, rambut dan sebagainya.

Kedua, ada pelbagai nozzle untuk menyedut kotoran di sudut berbeza. Lagi bagus kalau ia ada berus khas untuk membersihkan hama atau ‘dust mite’ pada lantai atau perabot fabrik anda. Jangan lupa berus khas untuk cuci habuk pada bunga hiasan atau langsir rumah juga.

Lagi baik, gunakan vakum yang ringan. Tak adalah lenguh tangan bila nak sedut sawang pada siling atau dinding.

Untuk pengetahuan anda, semua ciri ni ada pada MMX Cyclone Duo A19 Lightest & Omnidirectional Double Brush Cordless Handheld Vacuum Cleaner yang digunakan Memey Suhaiza. Yang bestnya, roller vakum ni boleh dipusing 360 darjah, sekaligus memudahkan anda membersihkan sudut yang susah dicapai.

Ia juga mempunyai Double Sided Big Soft Roller Brush. Berus roller ‘double sided’ ni memang besar, jadi lagi cepatlah kerja anda siap nanti. Bukan tu je, anda dah tak perlu memvakum tempat yang sama berulang kali dengan adanya berus ni. Bak kata Memey, sekali vakum je dah nampak bersih.

MMX Cyclone Duo A19 ini turut mempunyai ciri Anti-Rambut Kusut, jadi rambut memang tak akan berpintal pada roller. Anda pun dah tak perlu lagi stress merungkai rambut semasa sedang bermandi peluh bersihkan rumah.

Paling penting, ia didatangkan dengan teknologi tanpa beg, memudahkan anda membuang kotoran yang telah disedut dengan sekali ‘klik’ sahaja.

Bukan itu sahaja, anda boleh ‘add on’ mop dan berus khas untuk menyedut hama pada cadar, tilam, sofa dan comforter anda.

Selain mempunyai pengesahan Sirim, vakum cordless MMX ini didatangkan dengan waranti dua tahun.

Best sangat ke vakum ni? Jom tengok apa kata Memey.

“Fungsi paling best saya suka, ia boleh pusing 360 darjah. Bahagian roller tu kita boleh pusing. Contohnya kalau kita nak vakum bawah kerusi, celah-celah, sudut-sudut yang susah jadi kita boleh adjust vakum kat mana-mana kawasan pun.

“Kita boleh tukar brush untuk vakum celah-celah yang halus. MMX juga ada sediakan aksesori tambahan yang sangat best iaitu dust mite brush & mop. Kalau anda suka, boleh add on.

“Bila-bila je boleh vakum. Terus capai, tak perlu dah cucuk-cucuk wayar. Sangat-sangat membantu saya dengan adanya vakum MMX Cordless Double Brush.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Amira

Love yourself.