Siakap Keli

Penyerang Muda Berbakat, Erling Haaland Sah Ke Manchester City

Penyerang muda berbakat yang diramal bakal menjadi pemain terbaik di dunia di masa depan, Erling Haaland dilaporkan sah berpindah ke kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Berita perpindahan berkenaan dimaklumkan oleh seorang wartawan sukan terkemuka berasal dari Itali, Fabrizio Romano di laman Twitter sebentar tadi.

Melalui tweetnya, beliau memaklum kedua-dua belah pihak sudahpun berjaya mencapai persetujuan berkenaan terma peribadi dan pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa beberapa hari lagi.

Halaand juga dilaporkan lulus ujian kesihatan yang dijalankan oleh petugas perubatan Man City di Dourtmund. Man City akan memaklumkan kepada Dourtmund bahawa klausa pelepasan Halaand yang dianggarkan bernilai RM 185 – 347 juta akan diaktifkan pihaknya.

Menurut Fabrizio lagi, Halaand akan menandatangani kontrak sehingga 2027 dan menerima gaji yang lumayan. Bagaimanapun gaji yang diterima dikatakan lebih rendah daripada yang diterima penerima gaji tertinggi kelab ketika ini, Kevin De Bruyne yang menerima bayaran RM 2.03 juta seminggu.

Sejak perpindahan jurulatih disegani, Pep Guardiola ke kelab berkenaan, Man City berjaya mendominasi EPL dalam tempoh 8-10 tahun kebelakangan ini. Walaupun mempunyai prestasi mengagumkan dalam saingan domestik, Man City bagaimanapun tidak pernah menjulang trofi paling berprestij peringkat kelab di Eropah iaitu trofi Liga Juara-juara (UCL).

Terkini, kelab berkenaan baharu sahaja tewas kepada Juara UCL 13 kali, Real Madrid di peringkat separuh akhir. Real Madrid akan bertemu dengan satu lagi wakil EPL, Liverpool di peringkat akhir nanti.

Sumber: Fabrizio Romano

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.