Siakap Keli
potong kemaluan
Gambar Via Daily Mail

Wanita Didakwa Bunuh, Potong Kemaluan Teman Lelaki Berjaya Ditahan

Seorang wanita dilaporkan telah potong kemaluan teman lelakinya dan menikam mangsa serta rakannya sehingga mati dalam kejadian di Melbourne, Australia.

Memetik laporan Lad Bible, wanita berusia 44 tahun itu didakwa telah menyerang pasangannya yang berusia 59 tahun dan seorang rakan teman lelakinya pada 5 Mei lalu.

Difahamkan, pihak berkuasa telah menemui dua lelaki itu dengan kesan tikaman di pangsapuri Brunswick.

Teman lelakinya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala rakan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Wanita tersebut telah ditangkap pada hari yang sama di Carlton semasa menaiki trem dan dibawa ke hospital dengan kesan luka di lengannya.

Sementara itu, Pemangku Penolong Pesuruhjaya, Mick Frewen memberitahu pemberita bahawa wanita itu mengalami pendarahan.

Selepas keluar dari hospital, wanita itu telah disiasat oleh pihak polis dan dia berhadapan dengan dua pertuduhan membunuh.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut dan motif pembunuhan masih tidak diketahui.

Anak perempuan kepada rakannya telah menggunakan media sosial untuk memberi penghormatan kepada ayahnya.

“Tiada sesiapa yang layak menerima kesakitan sebegini. Ayah saya adalah hero saya, suami yang penyayang dan abang kepada keluarganya.

“Hati saya terasa kosong kerana saya tidak akan dapat bertemu dengannya lagi,” katanya.

Dalam pada itu, perbicaraan mengenai kes tersebut akan diadakan di Mahkamah Majistret Melbourne pada 29 Ogos nanti.

Sumber: Lad Bible

Sofea

There's always another side to every story