Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bank Negara Naikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Ke 2.00 Peratus

Fazidi

Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.00 peratus, iaitu kenaikkan sebanyak 25 mata asas. Berita berkenaan dikongsikan oleh BNM di laman facebook mereka sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu lagi, kadar tertinggi dan terendah OPR pula ditetapkan pada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.

Pembukaan semula ekonomi global yang berterusan selain keadaan pasaran kerja yang bertambah baik terus menyokong pemulihan ekonomi. Keadaan ini membantu mengurangkan sebahagian daripada kesan konflik kententeraan di Ukraine dan langkah-langkah pembendungan yang ketat dilaksanakan oleh China.

Manakala bagi ekonomi Malaysia, BNM memaklumkan penunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan yang lebih kukuh yang mana didorong oleh permintaan dalam negeri yang mantap dalam keadaan eksport yang mampan.

Selain itu, pasaran kerja juga terus disokong oleh kadar pengangguran yang lebih rendah, penyertaan tenaga kerja yang lebih tinggi dan prospek pendapatan yang lebih baik.

Menurut BNM, inflasi bagi 2022 pula diunjurkan berpurata diantara 2.2 hingga 3.2 peratus. Memandangkan peningkatan ekonomi dalam keadaan tekanan kos yang berlarutan, inflasi asas seperti yang diukur inflasi teras dijangka meningkat untuk mencatatkan purata antara 2.0 hingga 3.0 peratus pada tahun yang sama.

Walaubagaimanapun, kenaikkan harga sebahagiannya akan dibendung oleh kawalan harga sedia ada selain lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi.

Sepanjang tempoh COVID-19, BNM memaklumkan kadar OPR telah dikurangkan sebanyak 125 mata asas secara kumulatif kepada paras terendah yang belum pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 1.75. Pengurangan ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada ekonomi.

Sumber: BNM