Siakap Keli
Gambar Via Economist/BBC

Boleh Menyebabkan Populasi Terbantut, Ini Apa Akan Berlaku Jika Dunia Kehabisan Makanan

Beberapa minggu lalu, saintis telah memberi amaran bahawa dunia diramal akan kehabisan makanan menjelang tahun 2050. Hasil kajian yang dijalankan, makanan yang ada hanya akan menjadi punca populasi dunia terbantut.

Permintaan makanan juga dikatakan akan meningkat sebanyak 70 peratus. Sehubungan itu, timbul persoalan mengenai apakah yang akan berlaku kepada kita semua jika bekalan makanan sudah habis.

Kebuluran yang teruk

Kesan kehabisan makanan tentunya dapat dilihat apabila manusia berdepan dengan kebuluran yang teruk. Ahli fisiologi di Universiti Westminster, Bradley Elliott berkata bahawa tubuh manusia mampu mengatasi tahap penurunan berat badan yang mengejutkan.

Menurutnya, apabila badan kehilangan 20 peratus daripada beratnya, tenaga akan berkurangan sebanyak 50 peratus. Malah, suhu badan juga menurun dan ia akan menyebabkan kelesuan.

“Masalah hati dan buah pinggang juga nampaknya berlaku serta kawal selia tekanan darah juga terjejas, yang menyebabkan manusia mudah pengsan,” kata Elliot.

Apabila kekurangan mineral dan vitamin semakin meningkat, penyakit seperti skurvi dan pellagra akan muncul.

Bagaimanapun, kemandirian tanpa makanan juga bergantung pada berat badan seseorang dan keadaan kesihatan lain yang mungkin mereka alami.

Kajian mendapati wanita lebih cenderung untuk berdaya tahan berbanding lelaki, namun secara amnya kebanyakan manusia akan mati jika berat badan turun separuh daripada indeks jisim badan normal, yang biasanya berlaku selepas 45 hingga 61 hari tanpa makanan.

Jika masih hidup, kebuluran jangka panjang boleh menjejaskan ketinggian seseorang, menyebabkan populasi terbantut dan kekurangan makanan yang teruk.

Sebagai contoh, mereka yang berumur antara satu hingga tiga tahun pada permulaan Kebuluran Besar di China memperlihatkan 30 juta orang maut antara tahun 1959 hingga 1961.

Malah, kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak yang kebuluran di Ethiopia  juga mendapati bahawa mereka akan menghidap tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung.

Menjejaskan sektor ekonomi

Bukan itu sahaja, ketiadaan makanan juga melangkaui kesihatan fizikal. Ia juga akan menjejaskan sektor ekonomi kerana orang ramai tidak mampu untuk bekerja.

Semasa kebuluran besar di China, buruh jatuh sebanyak 25 peratus secara drastik dan menjejaskan pengeluaran ekonomi negara tersebut.

Pun begitu, walaupun kajian-kajian ini boleh memberikan beberapa petunjuk, ia sebenarnya gagal untuk menyampaikan ‘kesakitan’ sebenar jika mengalami kebuluran.

Profesor kajian jantina di Glasgow Caledonian University, Oonagh Walsh berkata bahawa bilang orang yang komited terhadap suaka psikiatri meningkat semasa dan sejurus selepas Kebuluran Ireland antara tahun 1845 hingga 1851.

“Sesetengah daripada mereka ini mungkin orang yang mencari makanan yang enak yang mereka tahu boleh didapati di rumah suaka, tetapi terdapat juga perubahan dalam cara mereka berfikir.

“Mereka menjadi lebih fatalistik dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan makanan.

“Mereka akan menjual apa yang ada termasuk pukat dan bot serta cuba memerangkap burung, memakan rumput, rumpai dan jerami,” katanya.

BACA: Saintis Beri Amaran, Dunia Diramal Kehabisan Makanan Menjelang 2050

Sumber: BBC

Sofea

There's always another side to every story