Siakap Keli
papan iklan

Papan Iklan 3D Watson Sempena Festival Raya

Pengarah pengurusan kepada syarikat terkemuka di Malaysia iaitu Watson menyediakan papan iklan 3D sempena festival raya baru-baru ini.

Sempena rakyat Malaysia yang sedang sibuk merayakan Syawal, Pengarah Pengurusan Syarikat Watson, Caryn Loh menyiarkan sebuah papan iklan secara tiga dimensi (3D) di pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Seperti yang diketahui, Watson adalah sebuah syarikat yang menyediakan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri yang tidak asing lagi di negara kita.

Hampir seluruh negeri di Malaysia mempunyai cawangan Watson. Bercakap mengenai produk kecantikan, sudah semestinya golongan remaja dan dewasa terutamanya golongan wanita pasti menyukainya.

Menerusi video yang dimuat naiknya di Linked In, Caryn Loh berkata, “Papan Iklan 3D pertama kami sempena festival Raya..Harap kamu semua sukakannya!”

papan iklan
Gambar: Caryn Loh via Linked In
papan iklan
Gambar: Caryn Loh via Linked In

Berdasarkan gambar diatas jelas menunjukkan animasi seekor kucing sedang memegang beg Watson. Orang ramai di lihat sangat teruja dengan papan iklan 3D itu.

Sumber: Linked In

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.