Siakap Keli

Kata Laluan “Sayang” Paling Popular Di Malaysia, Dianggap Lemah & Mudah Diramal

Kata laluan adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan seharian masa kini. Setiap aplikasi media sosialnya yang digunakan setiap hari misalnya, memang tidak dapat dipisahkan dengan kita. Maka tak hairanlah, memilih kata laluan untuk aplikasi atau akaun media sosial tertentu bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng.

Ini kerana, kata laluan yang kukuh dan sukar diramal sebenarnya boleh melindungi pelbagai perkara tentang diri kita, terutamanya maklumat-maklumat peribadi. Sekiranya ia jatuh ke tangan orang yang berniat jahat, bala yang menanti ada kalanya boleh menjadi penamat kepada hidup seseorang itu.

Jika anda perasan, setiap kali anda mahu mencipta kata laluan pada sesuatu aplikasi, anda seringkali dinasihatkan untuk menggunakan gabungan nombor, huruf dan simbol. Ia bertujuan untuk menggelakan kata laluan tersebut mudah diramal atau dipecahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Namun begitu, masih ramai yang mengabaikan nasihat ini dan lebih selesa menggunakan kata laluan yang terlalu ringkas, atas alasan lebih mudah untuk diingati dan berpendapat tiada sesiapa yang berminat dengan data-data yang dilindungi oleh kata laluan tersebut.

Memetik daripada Express VPN, antara kata laluan ringkas yang berulang kali diguna oleh orang awam adalah kata laluan susunan nombor ‘123456’.

Selain itu, Express VPN juga berkongsi senarai kata laluan yang biasa digunapakai oleh pengguna-pengguna di negara yang berbeza. Menurut laman itu, budaya setempat antara faktor yang mempengaruhi pemilihan kata laluan seseorang.

Cuba lihat kata laluan yang sering digunakan oleh seluruh dunia.

Infografik yang dikongsikan ini menunjukkan kata laluan yang paling kerap digunakan, boleh dikatakan ia antara ‘top 10’. Mungkin, perkataan ‘juventus’ tidak popular di negara lain tetapi ia mungkin tidak selamat apabila digunakan di Itali.

Sama seperti Malaysia dan Indonesia, masing-masing menggunakan kata laluan ‘sayang’. Perkataan ini paling banyak digunakan sebagai ‘password’ di mana-mana media sosial di negara tersebut.

Pemilihan kata laluan yang ‘lemah’ lebih meluas

Hasil tinjauan yang dibuat ke atas 1000 orang pengguna di Amerika Syarikat, berikut adalah beberapa data unik mengenai kata laluan yang dipilih mereka.

Pertama, rata-rata pengguna mudah alih menggunakan kata laluan yang sama untuk semua platform media sosial mereka.

Selain itu, 43 peratus orang menggunakan nama orang kesayangan mereka sebagai kata laluan dalam talian mereka. Seterusnya 2 daripada 5 orang mengakui menggunakan variasi nama pertama atau nama keluarga untuk mencipta kata laluan mereka pada media sosial.

Ini menunjukkan butiran kata laluan tersebut adalah lemah. Lebih 81 peratus responden kajian ini mengatakan bahawa mereka yakin dengan keselamatan dan privasi kata laluan dalam talian semasa mereka.

Macam mana untuk cipta kata laluan yang kukuh?

Untuk pengetahuan anda, 5 Mei merupakan hari kata laluan yang mengingatkan kita tentang kata laluan yang teruk kerana penggodam boleh menekanya dengan tepat sekali.

Kata laluan yang kuat adalah menurut pakar adalah laluan mempunyai sekurang-kurangnya lapan  hingga 15 aksara panjang.

Selain itu, untuk keselamatan yang maksimum, pengguna seharuskan menukar kata laluan yang berbeza-beza pada setiap tahun.

Tidak dinafikan jika anda mengikut peraturan seperti di atas, platfrom atas talian anda pasti suka untuk digodam dan dapat melindungi privasi dan keselamatan dalam talian.

Sumber: ExpressVPN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.