Siakap Keli
lima rentung USAS

Lima Mangsa Rentung Nahas Terowong Menora Disahkan Pelajar USAS

Lima mangsa rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran terowong Menora dikenal pasti pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Memetik Sinar Harian, mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.

Perkara ini disahkan oleh Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr Ahmad Zaki Hassan ketika dihubungi Sinar Harian.

Maklumnya, dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala yang lain adalah pelajar sarjana muda.

Semua mereka sudahpun dikenal pasti oleh pihak hospital dan pihak polis.

Bagaimana pun, waris kepada semua mangsa yang rentung sudah dimaklumkan oleh pihak universiti untuk mereka hadir ke hospital bagi proses pengecaman.

Katanya lagi, pihak universiti akan cuba membantu apa yang diperlukan oleh waris untuk memudahkan urusan mereka.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.52 pagi itu, semua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan treler. Dalam kejadian itu, pemandu treler berusia 28 tahun dan 37 tahun tidak mengalami kecederaan.

BACA: “Boyfriend” Panik, Tengah Bincang Nak Bertunang Tiba-tiba Datang Rombongan Lain Datang Merisik Kekasih Hati

Sumber: Sinar Harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang