Siakap Keli
perigi sedalam 40 kaki
Gambar Via Gaffney City Fire Department

Remaja Berdepan Detik Cemas, Jatuh Perigi 40 Kaki Berjaya Diselamatkan

Seorang remaja berusia 14 tahun dilaporkan telah terjatuh ke dalam perigi sedalam 40 kaki dalam kejadian yang berlaku di Carolina Selatan, semalam.

Memetik laporan Metro.co, nasib menyebelahi remaja lelaki tersebut apabila dia berjaya berpaut pada paip sebelum diselamatkan oleh pihak bomba.

Difahamkan, remaja terbabit telah memijak penutup perigi tersebut sebelum ia runtuh dan terjatuh ke dalamnya.

“Saya terkejut dan merasa takut, saya tidak sangka bahawa ia adalah perigi yang dipenuhi air.

“Saya cuba sedaya upaya untuk berenang dan berjaya berpaut pada sebatang paip sehingga diselematkan oleh pihak bomba,” katanya.

Pihak bomba difahamkan tiba pada pukul 7.57 malam di tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada abang mangsa.

Sementara itu, ibu mangsa berkata dia merasa cemas dan bimbang mengenai keadaan anaknya.

“Ketakutan terbesar ibu bapa adalah tidak dapat membantu anak mereka apabila mereka memerlukan bantuan,” katanya.

Pasukan penyelamat berkomunikasi dengan mangsa dan berjaya menariknya keluar dalam masa kurang 30 minit selepas sampai ke tempat kejadian.

Remaja tersebut telah dihantar ke hospital dan dirawat semalaman. Dia dilaporkan mengalami beberapa kesan lebam dan calar pada bahagian badan.

“Saya merasa sakit tetapi bersyukur kerana masih boleh menjalani hidup seperti biasa,” katanya.

Jabatan Bomba Bandar Gaffney mengatakan bahawa insiden jatuh ke dalam perigi jarang berlaku di bandar itu.

“Anggota bomba kami sering berlatih untuk senario ini, ia bukan insiden yang sering berlaku.

“Kami berbangga dengan profesionalisme yang ditunjukkan oleh krew kami,” kata pihak bomba.

Sumber: Metro.co

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.