Siakap Keli
sepanyol
Gambar Via India TV News

Sepanyol Bakal Laksana ‘Cuti Datang Bulan’ Selama Tiga Hari Untuk Pekerja Wanita

Sepanyol dilaporkan akan menjadi negara Barat pertama yang menawarkan ‘cuti datang bulan’ untuk wanita yang mengalami senggugut ketika bekerja.

Memetik laporan Daily Mail, cuti itu ditetapkan selama tiga hari dalam sebulan.

Difahamkan, kerajaan Sepanyol akan meluluskan langkah itu di mesyuarat kabinet pada Selasa depan.

Di bawah pakej pembaharuan itu, pihak sekolah juga akan dikehendaki menyediakan tuala wanita untuk kanak-kanak perempuan yang memerlukannya.

Setiausaha Negara bagi Kesaksamaan dan Menentang Keganasan Jantina, Angela Rodriguez, mengumumkan pakej tersebut untuk menjamin kesihatan haid dan pemulihan kesihatan reproduktif pada 3 Mac.

Ia termasuk memberi kebenaran kepada wanita yang menggugurkan kandungan.

“Hak yang berkaitan dengan kesihatan haid tidak pernah dibincangkan dan menurut data, satu daripada empat wanita tidak boleh memilih produk kebersihan feminin yang ingin dibelinya atas sebab kewangan.

“Itulah sebabnya kami mencadangkan agar ia boleh diberikan secara percuma di pusat pendidikan dan sosial,” katanya.

Beri manfaat kepada wanita

Cuti itu bertujuan untuk memberi manfaat kepada wanita yang mengalami haid yang sangat menyakitkan.

Untuk pengetahuan, ramai wanita yang mengalami sakit dsymenorrhea ketika haid sehingga menyebabkan mereka lemah dan tidak berdaya.

“Adalah penting untuk menjelaskan apa itu haid yang menyakitkan, kita tidak bercakap mengenai ketidakselesaan tetapi mengenai gejala serius seperti cirit-birit, sakit kepala yang teruk dan demam,” ujar Rodriguez.

Dalam pada itu, Cukai Nilai Tambah (VAT) bagi pad sanitari dan tampon akan dikeluarkan daripada harga jualannya di pasar raya.

Ia akan diberikan secara percuma kepada wanita dalam keadaan sosial yang terpinggir.

Kerajaan Sepanyol turut bercadang untuk menghapuskan keperluan untuk kanak-kanak berusia 16 dan 17 tahun yang ingin menggugurkan kandungan untuk meminta kebenaran ibu bapa.

Malah, Rodriguez telah mengumumkan rancangannya agar negara itu menjadi peneraju dalam membangunkan pil kontraseptif lelaki.

Tambahan lagi, kementerian itu juga bercadang untuk meluluskan undang-undang yang menyasarkan pemerdagangan wanita untuk pelacuran di Sepanyol.

Antara negara lain di dunia yang sudah memberikan cuti haid adalah Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan Zambia.

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.