Siakap Keli
Al Jufferi Jamari
Gambar: Twitter

Tetap Beraksi Walau Kesakitan, Al Jufferi Jamari Akur Tewas Di Tangan Pesilat Singapura

Jaguh silat negara, Al Jufferi Jamari gagal meneruskan saingan dalam acara pencak silat kategori putra F selepas ditewaskan oleh pesilat dari Singapura sebentar tadi.

Biar pun pada satu ketika ketinggalan dengan jurang mata yang agak jauh, juara dunia 3 kali itu berjaya juga untuk merapatkan mata dan memberikan saingan yang begitu sengit kepada lawannya.

Difahamkan bahawa Al Jufferi Jamari terpaksa beraksi dalam keadaan kesakitan selepas dibelenggu kecederaan hasil daripada perlawanan sebelumnya yang belum lagi pulih sepenuhnya.

Baca: Pesilat Negara Dihujani Pujian, Lindung Kepala Atlet Indonesia Semasa Tudungnya Tertanggal

Walaupun begitu, beliau tetap berjaya mempamerkan aksinya yang terbaik dalam usaha untuk menyekat kemaraan pesilat dari Singapura itu.

Kekalahan tersebut bermakna Al Jufferi Jamari gagal ke pusingan separuh akhir.

Sungguhpun begitu, semangat waja yang ditampilkan olehnya wajar dijadikan contoh dan diharapkan dapat memberikan inspirasi serta motivasi kepada orang ramai.

Terdahulu, aksi mantap dengan kepelbagaian teknik yang ditampilkan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga memberi kelebihan kepada gandingan pesilat negara itu untuk mempertahankan pingat emas acara seni ganda putra pada Sukan SEA ke-31 di sini hari ini.

Pasangan berkenaan mengungguli acara final tersebut yang berlangsung di Pusat Sukan Bac Tu Liem (Bac Tu Liem Sporting Center), setelah memperoleh 9.905 mata untuk menewaskan pencabar mereka dari Singapura, Muhammad Hazim Mohammad Zaque dan Muhammad Haziq Mohammad Zaque.

Pasangan adik-beradik itu mengutip 9.905 mata untuk meraih perak manakala gangsa milik bersama gandingan tuan rumah, Duc Danh Tran-Hong Que Le dan AbdulKarim Yusoh-Khairulmahadi Yusoh dari Thailand yang masing-masing terpaksa akur di peringkat separuh akhir semalam.

Kejayaan Taqiyuddin dan Sazzlan yang memenangi kategori tersebut pada Sukan SEA 2019 di Filipina, sekali gus memberikan pingat emas pertama Malaysia dalam acara pencak silat pada temasya sukan berkenaan kali ini.

Sumber: Syakirah Zulkifly

Aqmal Ezany

I write what is right