Bukan mudah untuk menjadi seorang anggota bomba kerana perlu sentiasa bersiap sedia di mana sahaja berada ketika diperlukan.
Skop tugas mereka bukan sahaja perlu memadamkan kebakaran tetapi juga membantu masyarakat seperti menangkap haiwan liar.
Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu kejadian di Indonesia yang membabitkan pasukan bomba.
Memetik laporan Suara.com, dua orang anggota bomba telah ditugaskan untuk ke rumah seorang penduduk yang dikatakan telah ternampak seekor ular di bawah katil.
Bagaimanapun, setelah mengeluarkan ular tersebut, mereka terkejut kerana ia sebenarnya hanyalah ular mainan.
Detik-detik ketika kejadian telah dirakam oleh salah seorang anggota bomba yang bertugas.
Menerusi video itu, mereka dilihat ketawa selepas mendapati bahawa ia hanya ular mainan.
“Saya panik pada mulanya,” kata kapsyen di video itu.
Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. sehingga kini ianya telah mendapat lebih 2 ribu tanda suka.
View this post on Instagram
Terdahulu, kejadian yang hampir sama turut berlaku di Alor Setar, Kedah yang memperlihatkan seorang penghuni rumah memanggil pihak bomba kerana menyangka ada ular yang masuk ke dalam rumah.
Pun begitu, ‘ular’ tersebut sebenarnya seekor ketam yang mungkin ‘ketakutan’ kerana akan dimasak.
“Tolong!Tolong! Khidmat khas ancaman ular, sekali ketam daa yang mengancam.
“Jaga-jaga dik, disepit ketam tu nanti,” tulis hantaran yang tular di Facebook beberapa bulan lalu.
Sumber: Suara.com