Siakap Keli

Detik-Detik Wanita Berjaya Selamatkan Seekor Itik Dari Dibaham Ular Sawa Tular

Ular sawa merupakan reptilia yang sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa. Walaupun tidak berbisa, ia sangat handal dalam mencari dan menyerang mangsa walau dalam keadaan apa sekalipun.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu perkongsian di media sosial yang memaparkan situasi cemas ketika seekor ular sawa cuba menyerang seekor itik.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai dirakam di Hutan Simpan Bukit Timah, Singapura.

Memetik laporan Mothership, ular sawa tersebut sedang ‘menghendap’ seekor itik di dalam sebuah longkang.

Bagaimanapun, kehadiran dua wanita yang cuba ‘menyelamatkan’ itik tersebut mendapat perhatian ramai.

Dalam video yang tular, wanita tersebut berkali-kali menjerit ke arah itik yang bergerak secara perlahan itu.

Kemudian, seorang lagi wanita membaling kayu ke arah ular sawa untuk menghalang kemaraan ular sawa yang mengekori itik tersebut.

“Itik, lari cepat. Ular itu akan makan kamu,” jerit wanita tersebut.

Pun begitu, itik tersebut dilihat kekal berada di tempat yang sama walaupun jeritan itu berlaku selama 20 saat.

Mujurlah ular itu terus mengundur selepas ia terkena kayu yang dilemparkan oleh wanita tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 3.3 juta tontonan di TikTok.

@3344520ma

周末陪家人武吉知马山徒步中,从蛇口中,解救了一只白白胖胖的🦆

♬ 原聲 – 新加坡马姐 – 新加坡马姐

Sumber: Mothership

Sofea Shahira

There's always another side to every story

Editor: Aqmal Ezany
@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "