Siakap Keli
Gambar Via Tapeng Rezkei

“Air Tenang Jangan Disangka Tiada…”, Bikin Meremang, Tular Foto Ular Sawa ‘Enak’ Melingkar Dalam Kolah Mandi

Mungkin tidak berbisa tetapi penemuan ular sawa bagaikan menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah orang. Ditambah lagi jika ia ditemukan di dalam rumah.

Kebiasaannya ular tersebut akan menyelinap masuk ke tempat yang ‘paling sejuk’ di dalam rumah iaitu bilik air. Walaupun mungkin kawasan rumah tidak mempunyai semak-samun, tetapi sentiasalah berwaspada.

Sebelum ini, banyak kes penemuan ular di dalam mangkuk tandas tetapi berbeza pula dengan penemuan ini yang tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Sekilas pandang, air di dalam ruang takungan tersebut mungkin kelihatan ‘tenang’ tetapi rupa-rupanya ada ‘penunggu’ yang sedang ‘bertapa’ di dalamnya.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik di Facebook Tapeng Rezkei, seekor ular sawa dilihat sedang ‘berendam’ di dalam air tersebut.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di negara jiran, Thailand.

Berhati hati ketika hendak mandi pasti anda tidak berteman

Air yang tenang jangan disangka tiada. Ish… Boleh berendam pulak dia ya

Pemandangan ‘ngeri’ itu sememangnya boleh membantutkan hajat untuk mandi.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan di mana kejadian ini berlaku dan apa nasib ular sawa tersebut.

 

 

Sumber: Tapeng Rezkei

Sofea

There's always another side to every story