Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kementerian Kewangan Malaysia sebentar tadi memuat naik satu kenyataan berhubung kenaikkan harga runcit produk petroleum bagi tempoh 19 Mei 2022 hingga 25 Mei 2022.
Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM4.31 kepada RM4.33 seliter.
Manakala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global , kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.
“Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk teah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana harga dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut pasaran” kata kementerian kewangan.
Menurut kenyataan itu, penetapan harga runcit produk petroleoum secara mingguan dibuat menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Sumber: Twitter Kementerian Kewangan