Siakap Keli
Bush dikecam salah cakap

Nak ‘Kutuk’ Rusia, Bush Tersasul Sebut Pencerobohan Ke Atas Iraq Adalah Tak Wajar & Ganas

Bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush secara tidak sengaja menyebut bahawa pencerobohan ke atas Iraq dahulu sebagai tidak wajar dan dianggap kejam dalam ucapannya ketika mengecam tindakan ketenteraan yang dilakukan oleh Rusia ke atas Ukraine ketika ini.

Kesilapan memalukan dibuat oleh Bush itu berlaku ketika dia memberi ucapan dihadapan orang ramai di Dallas mengenai kepentingan pilihanraya yang adil.

“Kerana tiada semak dan imbang di Rusia, seorang lelaki telah bertindak melancarkan pencerobohan tidak wajar dan kejam ke atas Iraq,” katanya dalam ucapan tersebut sebelum bertindak menggelengkan kepalanya dan membetulkan dirinya.

“Maksud saya, Ukraine.”

Difahamkan, ketika perkataan ‘Iraq’ keluar daripada mulutnya, para penonton menjadi senyap dan terkejut kaku.

Bagaimanapun, Bush berseloroh untuk menutup kesalahannya dengan berkata insiden itu berlaku akibat faktor usia.

 

 

Susulan daripada insiden itu, orang ramai mengecam dan bercakap sinis tentang kepimpinannya dahulu. Ketika pada tahun 2003 berlarutan sehingga 2011, Amerika Syarikat melancarkan serangan kepada Iraq menyebabkan ribuan tentera maut. Berpuluh ribu rakyat Iraq termasuk wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa korban ketika konflik berlaku.

Kenyataan Bush pada pengucapan tersebut terima pelbagai kecaman. Orang ramai menganggap tindakannya ke atas Iraq pada masa lalu adalah tidak wajar dan kejam. Tak kurang juga ada yang memuat naik ciapan di Twitter “sekurang-kurangnya dia mengakui pencerobohan Iraq adalah tidak wajar.”

“Satu kesilapan yang menakjubkan. Bush mengakui untuk seketika bahawa serangan daripada negara Iraq adalah palsu,” tulis salah seorang pengguna Twitter.

BACA: Murid Perempuan Tahun Empat Maut Digilis Lori Treler

Sumber: Dailymail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang