Siakap Keli
Gambar via DAWN

Peningkatan Suhu Jejas Pengeluaran Buah Mangga, Pakistan Kurangkan Sasaran Eksport

NEW DELHI, 19 Mei (Bernama) — Pakistan tahun ini mengurangkan sasaran eksport buah mangga berikutan masalah cuaca yang menyebabkan pengeluarannya terjejas.

Menurut laporan akhbar Dawn, suhu yang lebih tinggi dan masalah cuaca menyebabkan pengeluaran mangga merosot, memaksa pengeksport Pakistan mengurangkan sasaran eksport sebanyak 25,000 tan metrik kepada 125,000 tan metrik.

Purata suhu antara 37 dan 42 darjah Celsius pada pertengahan Mac tahun ini lebih tinggi berbanding sekitar 34 darjah Celsius tahun lepas.

Pengeluaran mangga tahun ini dijangka 900,000 tan metrik berbanding 1.8 juta tan metrik pada 2021, kata Waheed Ahmed dari Persatuan Pengeksport Buah dan Sayuran Pakistan.

India terkenal dengan mangga yang enak dan manis, antara yang popular ialah jenis Chaunsa, Langra, Sindhri, Dussehri dan Anwer Ratol.

— BERNAMA

Faiz Mustafa