Siakap Keli
Gambar: Bernama

Lee Zii Jia Juara Terbuka Thailand, Bangkit ‘Kejar’ Mata Penuh Dramatik

Pemain Badminton Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia berjaya dinobat sebagai juara dalam perlawanan Terbuka Thailand 2022 sebentar tadi.

Menurut Badminton Association of Malaysia (BAM), kejuaraan tersebut dirangkul selepas bangkit membenam lawannya, Li Shi Feng pada peringkat akhir.

Difahamkan, menurut perlawanan sebentar tadi, Zii Jia pada asalnya tewas kepada pemain dari China itu pada set pertama dengan keputusan 17-21.

Namun, pemain negara itu bangkit dengan aksi penuh meyakinkan pada set kedua dengan keputusan 21-11 bersamaan skor 1-1 untuk mengheret lawan ke set penentuan.

Pertembungan kedua-dua pemain itu membuatkan seluruh rakyat Malaysia tidak senang duduk, apatah lagi masing-masing mahu mengejar mata yang tidak jauh bezanya.

Namun dengan semangat dan ketangkasan dimiliki, Zii Jia akhirnya berjaya memenangi set penentuan dengan keputusan perbezaan mata tipis 23-21.

Untuk rekod, Lee Zii Jia menjadi pemain ketiga negara memenangi terbuka Thailand itu selepas Yong Hock Kin (2001) dan Hafiz Hashim (2005).

Sumber: BAM, Bernama

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?