Siakap Keli
Klon Elon Musk
Gambar via Motherships

Pelanduk Dua Serupa, Elon Musk Berminat Nak Jumpa Lelaki China Mirip Wajahnya

Klon Elon Musk, Yi Long Musk telah dilarang untuk menyiarkan sebarang video di aplikasi Weibo dan Douyin, lapor Radii China, memetik Mothership.

Menurut Radii China, dia yang merupakan personaliti media sosial itu telah dihalang daripada menyiarkan apa-apa video di aplikasi Weibo dan Douyin pada minggu lalu.

Walaupun begitu, masih tiada sebarang maklumat lanjut berkaitan hal tersebut selain dia difahamkan telah melanggar garis panduan komuniti.

Difahamkan ketika ini, pada aplikasi Weibo miliknya hanya tinggal tiga video manakala semua video-video miliknya di akaun Douyin telah dipadamkan.

Hal tersebut telah mendapat perhatian dari Elon Musk yang berkata dia mahu berjumpa dengan bintang media sosial itu jika ia adalah benar.

Perkara itu ditulis sendiri oleh Elon Musk menerusi laman Twitter miliknya baru-baru ini dengan kapsyen “sukar untuk tahu mereka yang ‘deepfakes’ pada masa kini.

Mungkin ‘deepfake’?

Selepas videonya tular baru-baru ini, netizen terkejut dan kagum dengan penampilannya yang serupa dengan Elon Musk yang juga digelar ‘lelaki yang ada segalanya’ versi Cina.

Selain itu, terdapat contoh ‘deepfake’ lain menerusi akaun TikTik @iamjesserichards yang menyerupai Tom Holland.

@iamjesserichards

Tom Holland. Post Malone next? #deepfake #vfx

♬ Rasputin (Single Version) – Boney M.

Selain Tom Holland, dia juga ada menyerupai artis-artis Hollywood lain seperti Zac Efron, Tom Cruise dan beberapa lagi bintang lain termasuklah pemain bola sepak dunia Christiano Ronaldo.

@iamjesserichards

#lotsofpeople

♬ оригинальный звук – …

Sumber: Mothership, Radii China, IAmJesseRichards (Tiktok)

Faiz Mustafa