Siakap Keli
pocong tumpang naik motor
Gambar: Beng

“Berbunjut Kepala,” Lelaki Dakwa Pocong ‘Tumpang’ Naik Motor Rakannya

Sempat rakam, video pocong tumpang naik motor pada raya ketiga tular di Twitter. Raih lebih 1000 ulang kicau.

Sejak dahulu lagi, kisah seram sentiasa mendapat perhatian ramai walaupun kebanyakan kisah tersebut tidak diketahui kebenarannya. Kini dengan wujudnya media sosial, penyebaran kisah-kisah tersebut berlaku dengan lebih meluas.

Terbaru, tular satu perkongsian seorang pengguna Twitter, @beng, yang mendakwa bahawa rakannya telah diganggu oleh pocong ketika sedang menunggang motosikal.

Menurut Beng, kejadian tersebut didakwa telah berlaku di Kampung Felda Soeharto, Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor pada 4 Mei lalu.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya, kelibat yang berbungkus kain putih itu dapat dilihat di bahagian cermin sisi dan sedang ‘membonceng’ motosikal tersebut.

“Hati tak kuat jangan buka. Kejadian dekat Kampung Felda Soeharto masa raya ketiga. Berbunjut kepala menumpang naik motor,” kata Beng.

Dihubungi oleh SK, Beng berkata rakannya itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan tiba-tiba merasakan bahagian belakang motosikal tersebut menjadi berat seakan ada ‘benda’ menumpangnya.

Namun, dakwanya sosok itu tidak mengikuti rakannya pulang hingga ke rumah.

“Sebab jalan nak menghala rumah dia memang bukit, jadi lepas naik bukit dah tak ada dah.

“Betul-betul nak masuk kawasan rumah dah tak ada,” katanya.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 68.3 ribu kali dan dihujani dengan pelbagai reaksi dan pendapat dari netizen.

Sumber: Beng

Sofea

There's always another side to every story