Siakap Keli
pemilik suara latar doraemon
Gambar: TikTok/Google

Pemilik Suara Latar Doraemon Ucap Terima Kasih, Netizen Sebak Rindu Zaman Kanak-kanak

Siapa saja yang tidak kenal dengan Doraemon? Sebuah kartun dari Jepun mengenai robot kucing dari angkasa yang menjadi ‘kegilaan’ ramai ketika zaman kanak-kanak dahulu.

Selain memiliki wajah yang comel, Doraemon juga mempunyai satu poket khas yang menyimpan pelbagai barangan istimewa yang boleh membantu pada keadaan-keadaan tertentu.

Selain disiarkan sebagai rancangan kartun di kaca televisyen pada hujung minggu, Doraemon juga ‘dihidupkan’ melalui komik-komik bersiri yang memaparkan pelbagai kisah menarik.

Namun apabila menyentuh tentang suara latar, mungkin belum ramai yang tahu siapakah pemilik suara Doraemon sebenar di sebalik animasi versi Bahasa Malaysia. Yang kita tahu, suaranya serupa dengan watak asal dari Jepun.

Tahukah anda, pemilik suara latar Doraemon sebenar versi Malaysia ialah Ruhaiyah Ibrahim. Suaranya yang sangat ‘menjadi’ itu pasti menjadi kenangan zaman kanak-kanak bagi golongan dewasa kini.

Nama Ruhaiyah Ibrahim sememangnya sudah tidak asing lagi di Malaysia. Dia merupakan seorang pelakon suara latar bagi watak Doraemon dalam animasi Jepun versi Bahasa Malaysia itu.

‘Doraemon Malaysia’ ditimpa banjir, ucap terima kasih kepada sukarelawan

Baru-baru ini, Ruhaiyah dikatakan ditimpa musibah alam apabila kawasan tempat tinggalnya di Kampung Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir lumpur. Seperti biasa, banyak agensi turun padang menghulurkan bantuan.

Tidak terkecuali, salah satu agensi kesukarelawanan terkenal, Jabatan Amal Malaysia juga turut bertandang ke sana bagi membantu mereka yang terjejas, termasuklah Ruhaiyah ‘Si Doraemon Malaysia’ ini.

Namun apa yang menariknya, salah seorang sukarelawan Jabatan Amal Malaysia, Noor Aidil Putra sempat ‘mencuri masa’ meminta Ruhaiyah untuk bercakap menggunakan suara Doraemon.

Dalam rakaman ucapan itu, Ruhaiyah mengucapkan terima kasih kepada jabatan tersebut atas khidmat bakti yang dicurahkan dalam membantu mangsa-mangsa banjir sepertinya ketika itu.

Hendak tahu macam mana Ruhaiyah berucap? Mari tonton video yang dimuat naik Noor Aidil di bawah ini.

@nooraidilputrawah

#fypシ #jabatanamalmalaysia #banjir2022

♬ Doraemon – Animation Toons

 

 

 

Video tersebut telah dimuat naik menerusi aplikasi TikTok dan mendapat lebih 900,000 tontonan dan 79 ribu tanda suka. Meskipun ucapannya ringkas, namun suara Doraemon yang terpacul di bibirnya sangat ‘menggetarkan’ telinga.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan rindu mereka terhadap pelakon suara itu kerana telah mewarnai hidup mereka sewaktu kecil dahulu. Mari lihat apa reaksi netizen dalam komentar-komentar pilihan berikut.

“Aaaa…rindu Doraemon” kata sugus anggur.

“Rindunya akak!” kata Amsyarleee.

“Suara yang mewarnai zaman budak-budak pukul 7 tunggu depan tv sebab nk dengar suara ni ya Allah rindu. Semoga akak sihat selalu,” kata MAG

Gambar: Tiktok @nooraidilputrawah

Sumber: TikTok @nooraidilputrawah

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?