Siakap Keli
Petronas
Gambar hiasan via Bernama

Petronas Berada Tangga Ke-8 Dalam ‘Ranking’ 10 Teratas Syarikat Minyak Paling Bernilai Di Dunia

Umumnya di peringkat global, sumber minyak mentah dan gas asli merupakan salah satu tunjang dalam nadi kehidupan manusia. Banyak negara di dunia yang memiliki puluhan telaga minyak yang digali di perairan sekitar.

Dalam masa sama, seperti yang kita tahu, syarikat gergasi pengeluar minyak dan gas milik Malaysia adalah Petronas. Tahukah anda, syarikat tempatan ini kini tersenarai dalam kedudukan 10 pengeluar minyak teratas dalam ranking dunia?

Merujuk kepada senarai Brand Directory setakat tarikh 24 Mei 2022, Petronas kini berjaya menduduki tangga ke lapan dalam senarai 10 teratas syarikat pengeluar minyak paling bernilai di dunia.

Menurut carta itu, Petronas berjaya mencatat keuntungan sebanyak RM57 bilion pada tahun ini, berbanding sebanyak RM52 bilion pada tahun lalu seperti yang direkodkan Brand Directory.

Berbanding pada tahun lalu, Petronas naik satu anak tangga daripada tangga kesembilan menggantikan ExxonMobil (US) yang kini berada pada tangga ke-10. Pada tahun ini, Petronas berjaya naik satu tangga dengan berada di kedudukan kelapan dalam carta tersebut.

Dalam carta itu lagi, syarikat pengeluar minyak gergasi United Kingdom (UK), Shell dilapor kekal berada pada kedudukan teratas selama dua tahun berturut-turut, diikuti Aramco (Arab Saudi) dan PetroChina (China).

Berikut carta yang dikeluarkan oleh Brand Directory:

Gambar via Brand Directory

Merujuk Brand Finance, difahamkan penilaian ini diukur melalui kekuatan relatif menerusi scorecard dengan menyeimbangi nilai pelaburan pemasaran, stakeholder equity dan prestasi dalam perniagaan.

Di samping itu, kekuatan jenama itu sendiri adalah penyumbang utama ‘nilai’ sesebuah jenama.

“Seiring dengan ISO 20671, penilaian Brand Finance terhadap ekuiti pemegang kepentingan menggabungkan data penyelidikan pasaran asal daripada lebih 100,000 responden di lebih 35 negara dan merentasi hampir 30 sektor.

“Petronas (nilai jenama yang naik 13 peratus kepada AS$13.6 bilion) ialah jenama terkuat dalam ranking dengan skor Indeks Kekuatan Jenama (BSI) sebanyak 87.7 daripada 100 dan penarafan jenama sepadan AAA.

“Petronas berada pada kedudukan yang baik untuk mengukuhkan lagi jenamanya kerana ia menyasarkan untuk menyediakan rangkaian pilihan tenaga dan bahan api yang pelbagai secara mampan.

“(Ia) adalah kerana syarikat tersebut menyasarkan pelaksanaan pelepasan (bahan api) bersih sifar karbon menjelang 2050 kelak,” memetik Brand Directory.

Petronas kekal kedudukan teratas jenama Malaysia paling bernilai tahun lepas

Walaupun begitu, pada tahun lalu menerusi Business Today, Petronas masih mengekalkan kedudukan teratas sebagai Malaysia’s Most Valuable Brand oleh Brand Finance untuk tahun yang ke-11 secara berturut-turut dengan nilai lebih kurang RM52 bilion.

Petronas juga merupakan satu-satunya jenama yang mampu mencapai nilai lebih dari paras USD $10 bilion bersamaan dengan RM43 bilion di Malaysia. Manakala Maybank jatuh ke tempat kedua dengan nilai RM16 juta diikuti dengan Genting dengan nilai sebanyak RM13 juta.

Difahamkan, ketiga-tiga jenama ini kekal sebagai tiga jenama teratas negara sekali lagi pada tahun ini dengan nilai gabungan sebanyak RM83 bilion, manakala tujuh jenama lain juga masih mengekalkan ranking mereka dengan jumlah gabungan sebanyak RM52 bilion pada tahun tersebut.

Jurang antara kedudukan pertama dan kedua adalah kekal sebanyak RM35 bilion. Ini menunjukkan betapa dominannya syarikat minyak dan gas gergasi tempatan tersebut walaupun nilai peratusnya menurun sebanyak 21 peratus tahun lepas.

Gambar via Business Today

Menurut Business Today, Digi telah merampas semula gelaran ‘jenama terkuat’ Malaysia daripada Petronas menerusi skor Brand Strenght Index (BSI) 87.3 daripada 100 serta penarafan kekuatan AAA yang sepadan. Skor BSI bagi Petronas adalah 87.0 dan Maybank mengikuti dari belakang dengan skor sebanyak 86.8.

Jenama 10 teratas tersebut telah menyumbang 63 peratus nilai jenama dalam 100 Brand Finance Malaysia 2021, sementara jenama yang berada pada tangga 50 ke bawah hanya menyumbang sebanyak 7 peratus.

Ia memerlukan kerja keras kepada jenama 10 teratas (seperti dalam carta) untuk bertanding status quo bersama-sama jenama luar di seluruh negara.

Sumber: Business Today, Brand Directory

Faiz Mustafa