Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

10 Kawasan Di Malaysia Berada Pada Tahap Berjaga-Jaga

Hannah
berjaga-jaga malaysia
Gambar: BERNAMA

10 Kawasan Di Malaysia Berada Pada Tahap Berjaga-Jaga

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan sebanyak 10 kawasan di seluruh negara kini berada pada status cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-Jaga) setakat jam 6.00 pagi, hari ini. 

Menurut kenyataan rasmi METMalaysia, enam kawasan di Semenanjung Malaysia yang direkodkan berada pada tahap tersebut.

Kawasan tersebut adalah Machang dan Kuala Krai di Kelantan, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, serta Larut dan Matang serta Kuala Kangsar di Perak. 

Sementara itu, empat kawasan di Sarawak yang turut berada pada Tahap 1 ialah Marudi, Lawas, Sibu dan Kapit. 

METMalaysia menjelaskan bahawa Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu maksimum harian berada dalam lingkungan 35 hingga 37 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. 

Orang ramai diminta waspada

Status tersebut menunjukkan keadaan cuaca panas yang berterusan dan orang ramai, khususnya golongan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak serta individu yang banyak melakukan aktiviti luar, dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan masalah kesihatan berkaitan haba. 

Orang ramai juga digalakkan untuk minum air secukupnya, mengurangkan aktiviti luar ketika cuaca paling panas serta sentiasa mengikuti maklumat cuaca terkini yang dikeluarkan oleh METMalaysia. 

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian di seluruh negara, orang ramai boleh merujuk laman rasmi METMalaysia.