Siakap Keli
datuk 100 pokok ganja

Polis Tahan Bekas Diplomat Bergelar Datuk & Anak, Rampas Lebih 100 Pokok Dipercayai Pokok Ganja

Polis Bentong menahan bekas diplomat bergelar datuk selepas disyaki menanam dan memiliki pokok lebih 100 batang pokok dipercayai pokok ganja di kawasan kediamannya pada Sabtu.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan tanaman dipercayai pokok ganja yang dirampas selepas polis menahan lelaki berkenaan yang merupakan bekas diplomat bergelar Datuk di Janda Baik, Bentong, Pahang pada Sabtu dan anak lelakinya di Shah Alam, Selangor semalam.

Menurutnya, dua tangkapan dan rampasan kes berkenaan berkemungkinan merupakan kejayaan serta antara kes terbesar dalam sejarah narkotik tanah air.

“Mungkin kegiatan merupakan antara yang terbesar di tanah air kerana ia melibatkan semaian, tanaman dan menghasilkan produk dipercayai berkaitan ganja,” jelasnya dalam sidang media tersebut.

Hasil siasatan, polis menemui lima batas tanah yang ditanam tumbuhan disyaki pokok ganja. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 60 batang pokok.

Menerusi pemeriksaan lanjut, pihak polis kemudian menjumpai khemah berjaring yang mana di dalamnya didapati terdapat 8 pokok yang ditanam di atas tanah juga dipercayai pokok ganja.

Berdasarkan laporan pihak polis, jumlah keseluruhan rampasan disyaki pokok ganja adalah sebanyak 102 batang dan nilai anggaran bagi setiap satu pokok adalah sebanyak RM600 dan nilai anggaran bagi jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM61,200.

Justeru itu, pihak polis kemudiannya telah menjalankan pemeriksaan lanjut di dalam rumah dan telah menjumpai dedaun kering kehijauan disyaki dadah jenis ganja yang mempunyai berat kurang daripada 1020gram. Nilai pampasan tersebut dianggarkan lebih kurang RM2,500.

Justeru, hasil saringan awal ujian air kencing mendapati suspek warga emas tersebut negatif dadah manakala anaknya  didapati positif dadah jenis THC iaitu ganja.

Suspek kini ditahan reman sehingga tujuh hari bermula 22 Mei 2022 untuk membantu siasatan di bawah seksyen 339B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(1) Akta sama dan jika disabitkan kesalahan dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga disebat tidak kurang daripada 15 sebatan jika tidak dihukum dengan hukum mati.

Suspek juga disiasat dibawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952  dan jika disabit kesalahan boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta yang sama dipenjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.

Seorang lagi suspek berusia 53 tahun (B2) turut ditahan bagi membantu siasatan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952. Bagaimanapun, reman terhadap suspek akan dipohon hari ini.

Sumber: Bernama TV, Polis Bentong

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang