Siakap Keli
elak kaki melecet
Kredit: Blog.Maukerja

Tak Payah Gigit Kasut Dah, Guna 6 Cara Mudah Ini Untuk Elak Kaki Dari Melecet

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Orang tua selalu cakap, kalau nak elak kaki melecet waktu pakai kasut baru, kita kena gigit dulu kasut tu. Kalau tak, nanti kasut tu seolah-olah akan gigit kaki kita sehingga melecet.

Hairan, sebab kalau kasut tu tak digigit, memang benar kaki akan melecet. Oleh sebab itu, sehingga kini, petua gigit kasut baru tu masih ada lagi yang mengamalkannya. Sekiranya kasut tu baru dibeli, masih ok untuk digigit. Bagaimana pula kalau terlupa nak gigit sebelum guna?

Justeru, ini beberapa cara yang boleh digunakan untuk elak kaki melecet selain menggigit kasut. Ikuti perkongsian daripada Ana Mahabu mengenai tips untuk elak kaki melecet sewaktu memakai kasut baru.

1. Pakai Plaster

Ini yang paling mudah dan biasa dilakukan selepas beli kasut baru. Sediakan siap- siap plaster untuk ditampal pada bahagian atas tumit dan jari kaki

2. Tabur Bedak Dalam Kasut

Tabur bedak di bahagian dalam kasut dan juga tepi kasut. Bedak akan melicinkan bahagian kasut sekaligus mengurangkan geseran yang boleh menyebabkan kaki melecet. Selain itu kasut juga akan berbau harum.

3. Sapu Deodorant Pada Kaki dan Kasut

Kegunaan deodorant bukan sahaja untuk mengelakkan ketiak berbau tapi juga untuk mencegah kaki melecet. Tapi pastikan anda menggunakan deodorant jenis roll-on bukannya semburan.

Sapu pada keliling kasut dan bahagian yang boleh menyebabkan melecet. Fungsi deodorant ini sama seperti bedak iaitu untuk melicinkan permukaan bagi mengurangkan geseran yang akan menyebabkan kaki melecet.

4. Bekukan Air Dalam Kasut

Masukkan air dalam plastik, kemudian letakkan dalam kasut. Balut dan masukkan dalam freezer, biarkan air tadi beku selama semalaman. Tujuannya adalah untuk mengembangkan saiz kasut supaya selesa sewaktu memakai.

5. Tampal tape

Bagi mengelakkan melecet pada bahagian jari, boleh tampal tape pada jari kaki sebelum mengenakan kasut.

6. Stokin dan Pengering Rambut

Pakai stoking yang tebal kemudian sarungkan kasut yang baru dibeli. Ambil pengering rambut lalu halakan wap panas pada bahagian dalam kasut. Ia membantu melonggarkan kasut yang ketat yang selalu menjadi punca kaki melecet.

Semoga tips yang diberikan beroleh manfaat kepada para pembaca.

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

Sumber: Ana Mahabu

Nurfatihah Shahirah Azzuddin