Siakap Keli
batu karang
Sumber: The Independent

Lelaki Derita 6 Bulan, 206 Ketulan Batu Karang ‘Bersarang’ Dalam Buah Pinggang

Kesakitan yang dialami seorang lelaki sejak enam bulan lalu akhirnya berakhir selepas 206 ketulan batu karang berjaya dikeluarkan dari buah pinggang kirinya, lapor The Independent.

Lelaki berkenaan, Veeramalla Ramalakshmaiah, 56, dari India terpaksa hidup dengan bergantung pada ubat sakit yang diberikan doktor gara-gara penyakitnya itu.

Bagaimanapun baru-baru ini, penantian Veeramalla berakhir selepas pihak Hospital Gleneagles Global menjalankan pembedahan ke atasnya bagi mengeluarkan batu karang tersebut.

Menurut pakar perunding kanan urologi di Hospital Hyderabad, India, Dr. Poola Naveen Kumar, beliau mengesahkan bahawa kesemua ketulan batu itu berjaya dikeluarkan selama sejam.

Difahamkan, sepanjang tempoh enam bulan yang menyakitkan itu, Veeramalla dikatakan sukar untuk bekerja dan menjalani rutin harian seperti biasa akibat kesakitan yang dialaminya semakin teruk.

Namun, selepas melakukan pembedahan tersebut, dia semakin pulih dan kembali kepada keadaan asal.

Sementara itu, pihak perubatan percaya bahawa punca-punca terkumpulnya batu karang di dalam buah pinggang kiri Veeramalla berkemungkinan adalah disebabkan oleh dehidrasi.

Menurut The Independent, hal tersebut dipercayai mungkin kerana kes laporan akibat suhu tinggi yang melanda bandar-bandar di sekitar selatan India yang semakin meningkat.

Menurut laman web NHS, batu karang terbentuk apabila bahan buangan di dalam darah bertukar menjadi ketulan atau mengeras. Lama kelamaan, ia terkumpul sehingga membentuk ketulan batu yang keras.

Sumber: The Independent

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?