Siakap Keli
badarawuhi
Gambar Via Kompas.com/KapanLagi

“Wajahnya Mirip Dengan Saya,” Aulia Sarah Dedah Pernah ‘Didatangi’ Badarawuhi Sebenar

Seakan bermimpi, Aulia Sarah dedah pernah ‘bertemu’ Badarawuhi sebenar. Wajah dikatakan sangat mirip dengannya.

Filem seram dari negara seberang, KKN di Desa Penari telah menjadi bualan hangat sejak beberapa minggu yang lalu kerana mengetengahkan mengenai kisah benar yang pernah tular sejak tahun 2019.

Malah, ia dikatakan memecahkan rekod filem seram di Indonesia dan mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan 6.2 juta tontonan dalam tempoh 17 hari, lapor Tabloid Bintang.

Menerusi filem itu, Badarawuhi menjadi salah satu karakter yang mendapat perhatian ramai kerana dia adalah ‘penunggu’ di desa tersebut.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini aktres yang membawa watak itu, Aulia Sarah mendedahkan bahawa dia pernah bertemu dengan Badarawuhi yang sebenar.

Menariknya, pelakon berusia 30 tahun itu berkata Badarawuhi yang sebenar mempunyai wajah yang persis dengannya.

Menurutnya, dia pada mulanya tidak percaya dan merasakan itu semua hanyalah mimpi.

Perkara itu didedahkan olehnya ketika menjadi tetamu undangan dalam salah satu program TV di Indonesia, lapor Bandung Viva.

Seperti mimpi

“Dua hari yang lalu, saya sedang tidur dan pada jam 3 pagi saya tiba-tiba tersedar.

“Mata saya terbuka sedikit, saya melihat Badarawuhi di depan sedang menari sambil tersenyum dan wajahnya mirip dengan saya, tapi rasanya seakan seperti cuma mimpi,” katanya.

Tambahnya lagi, dia mula merasa cemas apabila rakannya memberitahu bahawa ada seorang individu yang mempunyai deria rasa keenam pernah melihat Badarawuhi dan mengesahkan wajahnya dan Badarawuhi adalah sama.

“Ketika sedang membalas mesej kawan saya itu, tiba-tiba ada buku yang terjatuh,” ujarnya yang merasa seram dengan keadaan tersebut.

Dalam pada itu, Aulia juga berkata dirinya sudah belajar menari sejak kecil lagi.

Berikutan itu, dia tidak merasa kekok ketika melakukan latihan pertama untuk filem KKN Di Desa Penari.

“Saya sudah ada asas menari sejak kecil lagi, sudah belajar tarian tradisional di studio tarian,” katanya.

Dia juga mengaku bahawa dia memerlukan satu bulan untuk latihan koreografi menari. Bahkan dia juga berlatih bersama ular.

Sumber: Bandung Viva

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

Sofea

There's always another side to every story