Siakap Keli
Gambar: Getty Images via AFP

Banyak Kes Tembakan Rambang, Ini 8 Fakta Berkenaan Pemilikan Senjata Api Di Amerika Syarikat

Sejak akhir-akhir ini, salah satu isu yang menimbulkan perbalahan dalam dunia politik di Amerika Syarikat isu pemilikan senjata api.

Perkara berkenaan dibangkitkan sekali lagi susulan kejadian tembakan di sebuah sekolah semalam yang menyaksikan belasan pelajar termasuk guru meninggal dunia ditembak.

Menurut Tinjauan Senjata Kecil 2011, kedua-dua pihak penentang dan penyokong peraturan membenarkan orang awam memiliki senjata api mendakwa mempunyai hujah kuat masing-masing.

Bagi yang menentang, mereka bimbang dengan keselamatan diri apabila tinggal di sebuah negara dengan purata 88 orang bagi setiap 100 penduduknya memiliki senjata api. Menurut statistik Kempen Menentang Keganasan Senjata Api Brady, dianggarkan 114,994 orang maut ditembak setiap tahun di Amerika Syarikat. Kematian ini melibatkan pelbagai cara termasuklah menjadi mangsa jenayah, ditembak polis, bunuh diri dan juga tertembak akibat kemalangan.

Manakala bagi pihak yang menyokong pula, menarik semula kebenaran memiliki senjata api bermakna keselamatan diri mereka terpaksa dikompromi. Dakwa mereka, tanpa senjata api orang awam tidak dapat melindungi diri mereka sendiri sekiranya menjadi mangsa jenayah, dan dalam situasi lebih parah, mereka tidak mampu mempertahankan diri seandainya kerajaan mengambil keputusan untuk menentang rakyatnya sendiri.

Walaupun terdapat kebenaran untuk memiliki senjata, namun sebenarnya undang-undang berkenaan adalah berbeza mengikut setiap negeri di Amerika Syarikat. Kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda 8 fakta mengenai undang-undang pemilikan senjata di negara berkenaan.

All of Destiny's Exotics (Pre-Expansion) | PlanetDestiny.com | Destiny, Weapon concept art, Destiny game
Gambar Hiasan (Sumber:Google)

Adakah Terdapat Syarat Umur Minimum?

Akta Kawalan Senjata 1968 (GCA), adalah akta untuk mengawal selia senjata api di peringkat persekutuan. Menurut akta ini, mereka yang hendak membeli sama ada senapang biasa atau senapang patah serta peluru mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

Seterusnya, bagi semua senjata api yang lain misalnya pistol hanya boleh dijual kepada mereka yang mencecah usia 21 tahun ke atas. Pihak berkuasa negeri atau tempatan boleh melaksanakan atau mengenakan sekatan umur yang lebih tinggi tetapi tidak dibenar menurunkan syarat umur minimum yang ditetapkan persekutuan.

Siapa Yang Dilarang Daripada Membeli Atau Memiliki Senjata Api?

Antara golongan yang tidak dibenarkan untuk membeli senjata api ialah pelarian, orang yang dilabelkan bahaya terhadap masyarakat dan pesakit mental yang enggan dirawat di hospital.

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah termasuk hukuman penjara melebihi satu tahun atau salah laku yang mendorong hukuman lebih daripada dua tahun, juga dilarang daripada membeli senjata api.

Undang-undang persekutuan juga menyekat penjualan senjata api kepada mereka yang didapati bersalah memiliki atau menggunakan bahan terkawal secara tidak sah dalam tempoh setahun lalu.

Ia termasuklah penggunaan ganja, biarpun ia dibenarkan beberapa tempat di Amerika Syarikat, tetapi mereka yang menggunakan ganja juga tidak dibenarkan memiliki senjata api dibawah Undang-undang Persekutuan.

Selain itu, sekatan juga dikenakan kepada individu yang telah dikeluarkan perintah sekatan oleh mahkamah untuk mencegah gangguan, mengintai atau mengugut.

Seterusnya, orang yang telah melepaskan kerakyatan mereka, anggota tentera yang telah diberhentikan secara tidak hormat, pendatang tanpa izin serta warga asing yang melawat Amerika Syarikat buat sementara waktu menggunakan visa bukan imigran, contohnya sebagai pelancong.

3% of Americans own half the country's 265 million guns
Gambar Hiasan (Sumber:Google)

Adakah Kerajaan Persekutuan Atau Negeri Mengawal Senjata Api?

Pindaan Kedua menggalas tanggungjawab sebagai asas undang-undang kepada “hak untuk rakyat memiliki dan membawa senjata api”.

Walaupun kerajaan negeri dan tempatan mengawal selia peraturan, contohnya sama ada membenarkan atau tidak orang awam membawa senjata api secara terang-terangan di khalayak umum, namun undang-undang berkenaan kebenaran memiliki senjata api dikawal selia di peringkat persekutuan.

Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan (ATF), satu divisyen dibawah Jabatan Kehakiman adalah pihak yang menguatkuasakan GCA. Disamping itu, ATF juga mengawal selia piawaian pengeluaran lesen kepada vendor senjata api.

Senapang patah, senapang biasa, mesin gun, peredam dan penyenyap dikawal oleh Akta Senjata Api Kebangsaan 1934. Pembelian senjata separa automatik adalah sah di kebanyakan negeri, begitu juga dengan senjata automatik yang dibuat sebelum 1986.

Siapa Yang Boleh Menjual Senjata Api?

Seperti syarat bagi mereka yang memiliki senjata, pihak yang berminat untuk menjadi penjual senjata api juga mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memiliki Lesen Senjata Api Persekutuan (FFL).

Selain itu, mereka juga perlu mempunyai premis perniagaan dan memaklumkan pegawai penguatkuasa undang-undang tempatan semasa mengemukakan permohonan mendapatkan FFL kepada Biro Persekutuan yang mengawal selia senjata api.

Bukan itu sahaja, malah seperti pemilikan senjata api, mereka mesti memenuhi kriteria yang ditetapkan berkaitan sejarah jenayah dan penyakit mental.

Bagi yuran untuk mendapatkan lesen pula adalah berharga sebanyak $200 untuk tempoh permulaan selama tiga tahun. Manakala, $90 pula untuk setiap pembaharuan selama tiga tahun berikutnya.

Walaupun pembelian dan pembayaran boleh dibuat secara dalam talian, namun senjata itu sendiri mestilah dihantar kepada pemegang FFL yang berdaftar secara bersemuka. Kemudian, ia perlu menjalani pemeriksaan latar belakang yang diperlukan sebelum menyerahkan senjata api itu kepada pemiliknya.

Terdapat juga undang-undang yang tidak jelas mengenai apa yang dimaksudkan dengan menjual senjata untuk keuntungan.

Ini kerana, sesetengah individu boleh menjual senjata api biarpun tidak memiliki lesen sekiranya motif penjualan bukan bagi mendapatkan keuntungan untuk menyara kehidupan melalui jualan berulang dan tetap.

Walmart to End Sales of Assault-Style Rifles in U.S. Stores - The New York Times
Gambar Hiasan (Sumber:Google)

Adakah Pemeriksaan Latar Belakang Diperlukan Untuk Membeli Senjata Api?

Jawapannya adalah ya,

Pindaan kepada Akta Kawalan Senjata 1968 dikenali sebagai Akta Pencegahan Keganasan Pistol Brady 1993 yang memerlukan pemegang FFL untuk menjalankan pemeriksaan latar belakang.

Pembeli senjata api yang berpotensi akan mengisi borang persekutuan yang dikenali sebagai ATF 4473, yang menyemak sabitan terdahulu dan isu-isu mustahak yang lain. Pemegang FFL kemudiannya menggunakan maklumat yang diberikan pada borang tersebut dalam semakan latar belakang.

Kerajaan negeri boleh memutuskan sama ada pemeriksaan latar belakang dijalankan secara berasingan oleh FBI’s National Instant Criminal Background Check System (NICS) atau gabungan maklumat NICS dan agensi negeri. Bahkan, kira-kira 30 negeri bergantung sepenuhnya pada NICS.

Semakan sama ada melalui atas talian atau panggilan telefon, pemegang FFL hanya perlu menunggu sekitar 10 minit sebelum mengetahui sama ada permohonan mereka diluluskan, ditangguh atau ditolak.

Ditangguh menunjukkan ada keperluan untuk pemeriksaan lanjut yang boleh memakan masa sehingga tiga hari bekerja. Selepas itu pemegang FFL boleh bertindak mengikut budi bicara mereka sendiri jika hasil pemeriksaan terbukti tidak konklusif.

Walau bagaimanapun, Undang-undang Brady tidak terpakai kepada seseorang yang memperoleh senjata api daripada individu tanpa FFL.

Adakah Kerajaan Negeri Menetapkan Syarat Perlu Permit Untuk Membeli Senjata Api?

Hanya sedozen daripada 50 negeri di Amerika Syarikat menetapkan syarat memerlukan permit untuk membeli pistol.

Manakala, hanya tiga negeri sahaja yang menetapkan syarat memerlukan permit untuk pembelian senapang dan senapang patah iaitu California, Connecticut dan Hawaii.

Sebagai contoh, California memerlukan pemohon untuk lulus ujian bertulis dan mendaftar dalam kelas keselamatan senjata api untuk mendapatkan permit pembelian.

Negeri yang memenuhi ciri-ciri ini tidak mengiktiraf polisi ‘bawa secara sembunyi dengan belas kasihan’ yang diamalkan di beberapa buah negeri yang membenarkan pemilik senjata api untuk memiliki lesen dan membawa senjata apinya ke negeri yang lain.

Armed Citizens Firing Warning Shots Again | One May Be Charged - USA Carry
Gambar Hiasan (Sumber:Google)

Adakah Kerajaan Negeri Menetapkan Perlu Permit Untuk Membawa Senjata Api?

Kebanyakan negeri memerlukan permit untuk membawa pistol. Namun, membawa senjata api secara tersembunyi dan terbuka adalah berbeza mengikut keadaan. Sesetengah negeri membenarkan penduduk membawa pistol tanpa permit.

Sebaliknya, hampir tidak ada negeri yang memerlukan permit untuk membawa senapang biasa dan senapang patah.

Massachusetts dan New Jersey menghendaki orang yang membawa senapang biasa dan senapang patah perlu membawa bersamanya satu bentuk ID atau pengenalan senjata api.

Apakah Gunshow Loophole?

Walaupun undang-undang mengenai penjualan, penerimaan dan pemilikan senjata api adalah nyata serta jelas. Namun begitu terdapat kelompangan apabila bukan semua individu yang menyediakan senjata api untuk tujuan pindahan memerlukan FFL, yang juga bermakna bukan semua mereka yang mahu membeli senjata api tertakluk kepada syarat semakan latar belakang.

Perkara ini berkemungkinan membolehkan senjata api itu jatuh ke tangan pengguna yang mungkin tidak dibenarkan memiliki senjata api.

Menurut ATF, sesiapa sahaja boleh menjual senjata tanpa FFL dari rumah mereka, dalam talian, di pasar lambak atau di pertunjukan senjata selagi mereka tidak menjalankan penjualan itu sebagai sebahagian daripada aktiviti perniagaan utama.

Salah satu contohnya ialah seseorang yang menjual senjata api daripada koleksi peribadinya. Contoh lain yang dikecualikan termasuk mereka yang memberikan senjata api sebagai hadiah. Ringkasnya, hanya individu yang “motif utama”nya adalah untuk membuat keuntungan melalui jualan mesti memperoleh FFL.

Biasanya dirujuk sebagai “Gunshow Loophole“, menerangkan cara pembelian boleh berlaku tanpa pemeriksaan latar belakang dan tanpa melanggar undang-undang.

Mengikut Tinjauan Universiti Harvard dan Northeastern pada 2017, menganggarkan bahawa kira-kira satu daripada lima transaksi berlaku tanpa sebarang semakan latar belakang.

Senapang juga boleh dibeli bagi pihak ketiga selagi ia adalah hadiah dan penerima tidak melanggar sekatan persekutuan ke atas pemilikan senjata sepanjang pengetahuan pemberi hadiah.

Perkara yang sama juga berlaku untuk pemindahan senjata api secara umum. Bagi kanak-kanak pada umur di bawah 18 tahun yang memiliki senjata api, yang mana diberikan oleh ibu bapa atau penjaga sebagai hadiah dengan syarat mereka mempunyai kebenaran bertulis.

Sumber: DW

Nurul Nazihah