Siakap Keli
Gambar via Mirror

Bilangan Kes Cacar Monyet Meningkat Di UK

Bilangan angka gejala cacar monyet semakin meningkat di United Kingdom (UK), menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Keselamatan Kesihatan di sana baru-baru ini.

Memetik Mirror, terdapat 20 kes dicatatkan di England dan angka tersebut dijangka akan meningkat dengan 36 lagi kes telah disahkan. Scotland juga telah mencatatkan kes pertama baru-baru ini menjadikan jumlah kes keseluruhan menjadi 57 kes.

Pengarah perubatan dan sains kesihatan di Public Health Scotland berkata, individu yang dijangkiti sedang dirawat selaras dengan protokol dan panduan yang telah ditetapkan secara nasional.

Difahamkan, seorang kanak-kanak dilaporkan berada dalam pengawasan unit rawatan rapi (ICU) disebabkan oleh virus tersebut.

Walaupun virus ini tidak mudah merebak kepada manusia, namun ia tetap mampu tersebar melalui sentuhan atau menggunakan barang yang sama oleh mereka yang menghidap cacar monyet seperti pakaian, peralatan tempat tidur atau barangan lain.

Menurut seorang pakar dari Universit Harvard, penyebaran besar-besaran secara global mungkin akan berlaku berikutan peningkatan dari 14 negara berbeza yang telah dikenal pasti.

Pengarah Wellcome, Sir Jeremy Farrar berkata, mereka tidak pernah lihat kes seperti ini dengan bilangan kes yang sedemikian di banyak negara. Walaupun begitu, cacar monyet merupakan penyakit yang ‘sembuh sendiri’ dan kebanyakan pesakit akan sembuh dalam beberapa minggu.

Meneroka Mirror, UKHSA telah membeli bekalan vaksin cacar (smallpox) yang selamat digunakan untuk mengenal pasti mereka yang didiagnosis dengan cacar monyet supaya dapat mengurangkan risiko simptom jangkitan dan penyakit yang teruk.

“Sesiapa yang mengalami ruam atau luka yang ‘pelik’ pada mana-mana bahagian badan mereka terutama di bahagian kelamin harus segera menghubungi NHS 111 atau perkhidmatan kesihatan seksual berdekatan.

“Sebilangan besar kes yang dikesan merupakan dari golongan gay dan juga biseksual. Oleh itu, UKHSA menggesa komuniti ini untuk berwaspada terhadap gejala cacar monyet.

“Orang ramai perlu maklumkan kepada pihak klinik sebelum mereka membuat lawatan supaya perbincangan mereka akan dilakukan secara sensetif dan sulit,” lapor Mirror.

Ketua Penasijat Perubatan, UKHSA, Dr Susan Hopkins berkata, selain daripada laporan lanjutan kes yang telah dikenal pasti dari negara lain di seluruh dunia, mereka juga akan terus memantau peningkatan kes di UK.

“Terima kasih kepada semua yang telah tampil untuk melakukan ujian dan penyokong usaha untuk mengesan kontak virus ini dan telah menghadkan penyebaran jangkitan ini di UK,” katanya, lapor Mirror lagi.

Dr Phin seterusnya menggambarkan bahawa risiko jangkitan kepada orang ramai adalah rendah. Meskipun itu, dia tetap memberi amaran kepada mereka yang mempunyai luka-luka seperti melepuh pada badan untuk dapatkan rawatan perubatan.

Difahamkan, PHS tidak memaklumkan di mana pesakit-pesakit ini ditempatkan dan dirawat, namun kontak rapat masih dikesan dan akan memberi sokongan sepenuhnya termasuk mungkin akan lakukan pemberian vaksinasi.

Kontak yang berisiko tinggi dengan pasakit cacar monyet dikehendaki untuk mengasingkan diri selama tiga minggu menurut panduan yang dikeluarkan oleh ketua kesihatan UK.

Sumber: Mirror

Faiz Mustafa