Siakap Keli
india eskport gula
Gambar: AFP

Selepas Sekat Eksport Gandum, India Kini Ketatkan Peraturan Eksport Gula Pula

India dilapor membuat keputusan untuk mengetatkan peraturan eksport gula buat sementara waktu selepas keputusan untuk menggantung eksport gandum dibuat tidak lama dahulu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, kerajaan India memaklumkan akan mengehadkan pengeksportan gula kepada 10 juta tan. Bagi memastikan harga terkawal, had yang telah ditetapkan itu adalah untuk musim pemasaran yang berlangsung sehingga September ini.

Penjual juga diminta mendapatkan “kebenaran yang tertentu” daripada pihak berkuasa untuk sebarang pengeksportan gula antara 1 Jun dan 31 Oktober.

Meskipun India adalah negara pengeksportan kedua terbesar selepas Brazil, kerajaan menegaskan mereka perlu mengambil langkah berhati-hati dengan situasi semasa selepas berlakunya situasi  “kenaikan permintaan eksport yang tidak pernah berlaku” iaitu tahun ini dan tahun lepas.

Langkah untuk mengehadkan import tersebut dilaksanakan ketika inflasi sektor runcit negara ekonomi ketiga terbesar Asia itu mencecah 7.8 peratus, tertinggi dalam tempoh 8 tahun.

Ia juga merupakan satu lagi tanda peningkatan perlindungan makanan di seluruh dunia, terutamya apabila pengeluar utama komoditi mengekang eksport pertanian, menambah lagi kejutan terhadap bekalan global yang dicetuskan oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Februari yang lalu.

Malah, Rusia dan Ukraine sendiri adalah pengeluar kepada kira-kira 30 peratus bekalan gandum dunia.

Untuk aktiviti jualan musim ini yang berlangsung dari Oktober 2021 hingga September 2022, laporan medapati kilang-kilang gula India setakat ini telah menandatangani kontrak untuk mengeksport kira-kira 9 juta tan.

Menurut data kerajaan dalam tempoh 12 bulan sebelum ini, negara tersebut menghantar 7 juta tan pemanis berkenaan ke luar negara, yang merupakan jumlah tertinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Harga gula didagangkan 1 peratus lebih tinggi iaitu pada harga RM 2447 per tan metrik di London pada Rabu. Secara keseluruhan, harga gula melonjak 13 peratus sejak Januari lalu, iaitu 26 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas.

Bank Dunia menjelaskan bahawa pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah menyumbang kepada kejutan luar biasa dalam sejarah terhadap pasaran komoditi.

Harga makanan dijangka akan melonjak sebanyak 22.9% pada tahun ini. Faktor ini antara lain didorong oleh kenaikan 40% harga gandum.

Terdahulu, Malaysia juga mengumumkan larangan sementara eksport ayam segar ke beberapa negara jirannya dengan kerajaan menegaskan bahawa keperluan untuk mengutamakan rakyat sendiri ketika ini.

India sebelum ini juga menyekat eksport gandum buat sementara waktu. Negara berkenaan merupakan negara pengeluar gandum kedua terbesar di dunia selepas China. Bagaimanapun India bukan pengeksport utama dunia bagi komoditi berkenaan.

BACA: Demam Panas & Batuk Tak Kebah, Ayah Sebak Anak ‘Pergi’ Sekelip Mata Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital

Sumber: CNN Business

Nurul Nazihah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: