Siakap Keli
Foto: Getty Image

Bintang Hollywood & Aktor Filem Goodfellas, Ray Liotta Meninggal Dunia

Pelakon terkenal filem 90-an, Goodfellas, Ray Liotta meninggal dunia ketika tidur di lokasi penggambaran di Republik Dominican.

Bintang Hollywood kelahiran Amerika Syarikat itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun. Berita pemergian pelakon klasik ini disahkan oleh wakil agensi publisiti yang mewakilinya, Jennifer Allen.

Memetik daripada laporan BBC, Liotta berada di Republik Dominican bagi menjalani penggambaran filem Dangerous Waters bersama pelakon, Eric Dane, Odeya Rush dan Saffron Burrows.

Beliau sebelum ini mencipta nama dan menjadi terkenal selepas membawa watak Henry Hill, seorang mafia dalam filem Goodfellas 1990. Filem berkenaan memenangi satu Anugerah Oscar dan dicalonkan untuk lima kategori lain.

Liotta juga membintangi filem Field of Dreams dan beberapa siri televisyen termasuk Shades of Blue dan memenangi Anugerah Emmy pada 2005 bagi kategori pelakon pembantu menerusi drama “ER”.

Pelakon terkenal ini baru sahaja menghabiskan penggambaraanya dalam filem The Cocaine Bear 2023 di bawah arahan Elizabeth Banks.

Mendiang juga muncul dalam siri dokumentari berjudul The Making of The Mob dan beberapa muzik video termasuklah lagu nyanyian David Guetta yang betajuk Lovers On The Sun.

Mendiang Liotta meninggalkan tunangnya Jacy Nittolo dan seorang anak perempuan Karsen hasil perkahwinannya bersama Michelle Grace.

BACA: Asteroid Dua Kali Ganda Besar Burj Khalifa Dijangka ‘Hampiri’ Bumi Hari Ini

Sumber: BBC

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang