Siakap Keli
Foto: iStock

Asteroid Dua Kali Ganda Besar Burj Khalifa Dijangka ‘Hampiri’ Bumi Hari Ini

NASA mengesahkan satu asteroid gergasi yang bersaiz dua kali ganda dari menara Burj Khalifa dijangka akan menghampiri Bumi pada hari ini (27 Mei).

Menurut NASA, asteroid yang dinamakan sebagai 7335 (1989 JA) itu mempunyai diameter sekitar 1.8 kilometer. Ia dikategorikan sebagai objek dekat Bumi (Near-Earth Objects) iaitu objek astronomikal yang melintasi pada jarak diantara 46 juta kilometer daripada orbit Bumi.

NASA juga memaklumkan batuan angkasa ini merupakan asteroid terbesar yang pernah ‘menghamipri’ Bumi dan ia dikatakan bergerak pada kelajuan 76,000 kilometer per jam. Sebagai perbandingan, asteroid itu adalah empat kali ganda lebih besar dari Empire State Building di Amerika Syarikat dan dua kali ganda lebih besar daripada Burj Khalifa di Emiriah Arab Bersatu bumi.

Dalam laporan Space.com, asteroid berkenaan dilapor akan menghampiri Bumi pada jarak paling dekat dengan iaitu pada kedudukan 4 juta kilometer daripada orbit Bumi. Jarak berkenaan dianggarkan kira-kira 10 kali jarak antara Bumi dengan Bulan.

Walaupun batuan angkasa gergasi ini diklasifikasi sebagai objek berpotensi bahaya dan bakal menghampiri Bumi pada hari ini namun ia tidak akan memberikan sebarang ancaman atau impak kepada kehidupan di planet berkenaan.

Berdasarkan ketetapan NASA, sesuatu asteroid itu dianggap berpotensi berbahaya apabila ia mempunyai ukuran sekurang-kurangnya 460 kaki lebar dan berada dalam jarak 4.6 juta batu dari orbit Bumi disekitar Matahari.

Ia mungkin kedengaran seperti dekat dalam skala kosmik, tetapi jarak ini 19 kali lebih jauh daripada jarak  Bumi dengan Bulan.

IndiaTimes pula melaporkan bahawa asteroid seterusnya yang dijangka akan mendekati Bumi adalah pada 23 Jun 2055. Bagaimanapun, ia berada pada jarak yang lebih jauh daripada asteroid 7335 iaitu pada jara kira-kira 70 kali jarak Bumi dengan Bulan.

Sehingga hari ini, hanya 15,000 Astroid yang diketahui oleh para ahli astronomi.

BACA: Kes Cacar Monyet Dilaporkan Terus Meningkat 84 Kes Di Sepanyol, Kanada, Amerika Syarikat

Sumber: UPI, IndiaTimes

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang