Siakap Keli
nama bayi popular

Ini 6 Nama Bayi Tiga Kaum Utama Paling Popular Di Malaysia, Nama Anak Anda Mungkin Salah Satunya

Dalam keterujaan kita untuk menyambut kehadiran si comel, kita juga berusaha mencari nama-nama popular yang sesuai untuk diberikan kepada bayi perempuan mahupun anak lelaki.

Setiap orang mempunyai pilihan nama yang tersendiri dan mempunyai maksud yang berbeza-beza. Tidak dinafikan, pilihan nama yang diberikan oleh ibu bapa adalah yang terbaik sekali gus sebagai doa kepada kita.

Nama bayi popular di Malaysia mengikut kaum

Menerusi perkongsian statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2021, nama lelaki paling popular yang didaftarkan bagi bumiputera adalah Muhammad Al Fateh. Manakala nama Ainul Mardhiah adalah nama bayi perempuan yang paling popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagi kaum Cina pula, nama bagi Yu Chen adalah nama anak lelaki popular manakala Yu Xuan adalah nama bayi perempuan yang sering menjadi nama teratas.

Selain itu, bagi kaum India pula, nama Sharvin dan Janani adalah nama paling popular setiap tahun digunakan bagi anak lelaki dan perempuan.

Dalam perangkaan ini menunjukkan jumlah kelahiran pada tahun 2020 mencecah 470, 195 orang manakala jumlah kematian pada 2020 adalah 166, 507.

Dalam infografik ini menunjukkan setiap minit seorang bayi akan dilahirkan. Jumlah purata dalam sehari bagi jumlah seluruh negara menunjukkan sebanyak 1,288 bayi dilahirkan setiap hari.

Secara puratanya, jumlah kelahiran bayi lelaki lebih tinggi daripada bayi perempuan setiap tahun. Ini menunjukkan nisbah 108 bayi lelaki bagi setiap 100 bayi perempuan.

BACA: Asteroid Dua Kali Ganda Besar Burj Khalifa Dijangka ‘Hampiri’ Bumi Hari Ini

Sumber: Perangkaan Malaysia 2021 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang