Siakap Keli
Gambar: Swastisani.net

“Confirm” Tak Cukup Sepinggan, Rupanya Ini Helah Mak Masak Ketam Kari Cili Sampai Ketagih

Makanan laut memang mempunyai tarikan tersendiri dan tiada seorang pun yang mampu menolak rasa enak serta kelazatan menjamu selera dengan makanan laut. Boleh dihidangkan dalam pelbagai gaya masakan, rasa manis ketam, sotong, udang dan isi ikan mampu membuatkan kita kecur air liur biarpun sekadar membayangkannya sahaja.

Walaupun ramai yang kata masakan berasaskan makanan laut ini sebenarnya susah nak sediakan. Kena pilih yang segar, lepas tu kena cuci dan siang elok-elok supaya hilang bau hanyir. Kalau yang bercengkerang keras pula macam ketam, nak kena ketuk dulu kan.

Gambar: Rasa Nak Masak

Ya, betul memang tak dinafikan tetapi dengan resepi yang tepat, hampir setiap orang termasuklah ibu-ibu yang selalu busy dengan tugasan di pejabat pun sebenarnya mampu menyiapkan juadah berasaskan makanan laut dengan mudah dan pantas. Lebih-lebih lagi bila dapat pujian daripada suami dan anak-anak, terasa berbaloi sekali anda memasak.

Jadi, kali ini kami nak berkongsi dengan anda semua, khususnya untuk ibu-ibu satu resepi mudah macam mana nak masak ketam kari cili yang viral kat media sosial sebelum ini.

Nanti dulu. Ketam kari cili? Ya, betul anda tak salah dengar. Ketam juga sebenarnya boleh dimasak dengan serbuk dan resepi ini memang wajib anda cuba. Tapi dengan syarat kalau nak sedap, kena pilih serbuk kari yang betul la. Nanti kami kongsikan tips memilih serbuk kari yang tepat kat bawah.

Baiklah, tanpa berlengah lagi, berikut adalah resepi untuk menyediakan juadah kari ketam cili yang viral.

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan:

  •  Ketam (3 ekor, bersihkan dan dipotong dua).
  • 1 sudu makan serbuk kari pracampur ayam atau daging.
  •  1 sudu makan serbuk kari cili (wajib pilih serbuk kari yang betul, kami kongsi kat bawah cara nak pilih).
  • 1 biji bawang besar dan dihiris.
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis dan memasak.

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 4 ulas bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.

Itu je bahan-bahan anda kena sediakan, cukup mudah. Tak perlu keluar jauh-jauh untuk cari satu persatu bahan. Okay, dah sediakan semua dah bahan di atas? Kalau dah, jom kami kongsikan cara penyediaannya pula.

Cara-cara memasak:

  1. Gaulkan ketam dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ketam sehingga kemerahan kulitnya. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga keluar bau.
  4. Setelah pecah minyak, masukkan ketam yang telah digoreng tadi dan kacau hingga rata. Kemudian, perasakan dengan garam dan gula sehingga secukup rasa.
  5. Tutup api, ketam kari cili sediakan untuk dihidangkan.

Siap, boleh dihidangkan di atas meja dan panggil anak-anak dengan suami untuk menjamu selera. Tak perlu masak dua tiga jenis juadah, cukup dengan ketam kari cili je, buah hati anda semua makan dengan penuh selera dan kekenyangan.

Tapi, nanti dulu. Ingat tak kami pesan kena pilih serbuk kari yang betul kalau nak ketam kari cili anda masak betul-betul menjilat jari?

Haaaa, ini kami nak pecah rahsia dengan anda semua. Untuk mendapatkan rasa ketam kari cili yang paling mantap, anda kenalah guna serbuk kari pra-campuran dan serbuk cili keluaran BESTARI.

Ya, ketam kari cili ini hanya betul-betul menjadi kalau anda menggunakan serbuk kari pra-campuran Ayam & Daging BESTARI serta serbuk Cili BESTARI. Kami tak tanggung tau kalau anda memasak menggunakan serbuk kari dan cili lain. Yang confirm sedap cuma BESTARI je!

Kenapa? Kerana Bestari Pracampur Serbuk Kari Segera dihasilkan daripada gabungan rempah-ratus bermutu tinggi dan anda tidak perlu lagi menambah daun kari, cili, halia, serai, garam, rempah ratus, sos asam jawa dan sebagainya. Malah, tiada sebarang bahan pengawet yang tidak diperlukan dalam masakan ditambah di dalam serbuk kari ini.

Memang jimat habis. Tak perlu anda keluar dua tiga kali sehari kalau terlupa nak beli bahan-bahan masakan kat atas. Guna je Bestari Pracampur Serbuk Kari Segera. Tinggal nak tambah bawang besar, bawang putih dan santan je, anda dah boleh menyediakan pelbagai hidangan kari yang melazatkan. Masa di dapur pun dapat dikurangkan dan dapur tidaklah kotor sangat.

Lagi satu, Bestari Pracampur Serbuk Kari Segera juga berbaloi untuk dibeli kerana dengan sebungkus pek, anda sudah boleh menyediakan kari ayam (sebelah) dan sesuai untuk hidangan empat orang. Fuhhh.

Paling mustahak, anda boleh menggunakan Bestari Pracampur Serbuk Kari Segera ini tanpa rasa ragu-ragu atau was-was kerana ia sudahpun mendapatkan pengesahan HALAL daripada JAKIM tau.

Dengan jangka hayat 18 bulan, Bestari Pracampur Serbuk Kari Segera boleh didapati di dalam dua pilihan iaitu Produk Pracampuran Serbuk Kari Segera Ayam/Daging 75g dan Produk Pracampuran Serbuk Kari Segera Ikan/Makanan Laut 75g. Ia juga dijual pada harga yang sangat-sangat berpatutan, tetapi rasa dan kualiti jauh lebih baik daripada jenama-jenama lain.

Anda boleh mendapatkan produk BESTARI ini di pasaraya-pasaraya yang disenaraikan dibawah. Ingat masak, ingat dapur, ingat BESTARI.

Selain itu, produk BESTARI juga boleh dibeli secara atas talian di Shopee dan LAZADA.

Untuk menu-menu masakan lain yang menggunakan produk BESTARI, boleh tonton video https://www.bestarifood.com/cookingvideos/curry/.

Resepi dan menu-menu lazat lain serta maklumat terkini juga boleh didapati di laman Facebook dan Instagram BESTARI.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.