Siakap Keli
modus operandi
Gambar: South China Morning Post/Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

“Jangan Cemas,” PDRM Dedah Modus Operandi Terbaharu ‘Scammer’

Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dedah modus operandi terbaharu scammer, nasihatkan orang ramai tidak cemas.

Dengan perkembangan teknologi digital pada masa kini, orang ramai sangat mudah terdedah kepada pelbagai ancaman khususnya berkaitan privasi dan keselamatan diri.

Setiap hari akan ada pelbagai laporan berkaitan penipuan dalam talian. Malah, wujud pelbagai rangkaian penipuan yang didalangi oleh individu yang berniat jahat.

Penipu atau scammer ini sering ‘berevolusi’ dan mempunyai pelbagai modus operandi untuk memperdaya orang ramai.

Lebih merisaukan, mereka kebiasaannya akan menyasarkan golongan warga emas.

Mereka selalunya akan menggunakan taktik menyamar sebagai pegawai kerajaan, peniaga dalam talian, penghantar barang dan banyak lagi.

Terbaru, scammer bertindak mengelirukan orang ramai dengan menghantar satu teks pesanan ringkas berkaitan pembayaran dalam aplikasi beli-belah.

Susulan itu, pihak Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police menasihatkan orang ramai agar tidak cemas dan gentar.

Ia adalah cubaan untuk menipu dan orang ramai diingatkan untuk memeriksa terlebih dahulu penggunaan kad kredit dan sebagainya.

“Tarik nafas panjang, fikir sejenak. Adakah kita ada kemudahan kad kredit dengan nombor sebegitu?,” kata pihaknya dalam satu perkongsian di Facebook.

https://www.facebook.com/CyberCrimeAlertRMP/posts/322725603375629

Terdahulu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendedahkan beberapa modus operandi yang digunakan oleh scammer.

Antaranya mereka akan menghubungi mangsa dan memaklumkan bahawa mangsa telah terlibat dengan pelarian cukai, jenayah dan penggubahan wang haram.

Selain itu, mangsa juga akan menerima surat atau e-mel yang memaklumkan keterlibatannya dalam aktiviti perdagangan saham dengan salah satu syarikat pelaburan dan dikehendaki membuat bayaran tunggakan cukai.

Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.