Pemain skuasy wanita negara, Sivasangari Subramaniam dilaporkan telah berjaya mara ke peringkat suku akhir dalam kejohanan PSA World Tour Platinum buat kali pertama dalam kariernya selepas menewaskan lawannya iaitu Donna Lobban dari Australia.
Pemain yang menduduki ranking ke-20 Dunia itu merupakan anak kelahiran Malaysia yang pertama berjaya mara ke suku akhir kejohanan tersebut sama seperti yang dilakukan oleh lagenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David 2018.
Permainan yang ditunjukkan kedua-dua mereka amat sengit dan agak pantas dengan keduanya akan saling mengambil kesempatan setiap kali peluang muncul.
Sivasangari Subramaniam bermain dengan baik dalam dua set pertama, namun melakukan beberapa kesilapan dalam set ketiga dan keempat.
Pun begitu, beliau kembali fokus dan berjaya meraih kemenangan dengan mata 11–7, 11-8, 6-11, 11-8.
“Saya berasa agak lemah sedikit hari ini,” kata Sivasangari.
“Ia mungkin didorong dengan faktor mental hari ini. Apabila anda bermain dengan pemain di ranking 10 teratas ia adalah permainan yang berbeza, kemudian apabila anda bermain dengan seseorang pada tahap anda ia adalah permainan yang berbeza.”
“Saya rasa tekanan itu ada hari ini, ia adalah peluang yang baik untuk masuk ke kelompok atas di acara Platinum, jadi terdapat banyak kesilapan dan rali pendek dengan Donna.”
“Dia pemain yang sangat bagus dan sangat berpengalaman”, puji Sivasangari.
“Saya telah bekerja dengan David Palmer selama kira-kira empat tahun sekarang. Saya berasa sangat baik di gelanggang, dan banyak peningkatan yang terjadi sepanjang dengannya. Dia mendorong saya setiap hari dan anda boleh lihat kerja keras membuahkan hasil.”
Sumber: PSA World Tour