Siakap Keli
Ustaz Kazim Elias

Ustaz Kazim Elias Terima Bon 1 Juta Euro Dari Individu VIP

Sebelum ini, isu penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias yang dipercayai telah disihir mendapat perhatian ramai. Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh beliau tempoh hari.

Selain itu, beliau juga turut mendedahkan bahawa terdapat seramai enam individu tampil bersemuka memohon maaf kepadanya kerana telah melakukan perbuatan sihir tersebut ke atasnya.

Terkini, menerusi laman Facebooknya miliknya, beliau meluahkan rasa kesal dengan beberapa individu yang dipercayai dari kalangan VIP yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang sedang ditimpa musibah sepertinya.

Difahamkan, terdapat seorang individu yang bergelar VIP telah memberikan sumbangan berupa satu bon bernilai 1 juta Euro (RM4.7 juta) kepadanya pada 4 Jun semalam.

“Dalam sakit-sakit ni datang pulak ‘Dat0, Dato Seri’ bagi sumbangan bon 1 juta Euro kepada Al Barakah 8 malam tadi. Boleh tebus dalam tempoh sebulan.

“Lepas ni boleh beri tumpuan sepenuhnya pada sekolah sahaja, dah tak perlu keluar berceramah, menggigil tangan bila mereka serahkan tadi, 1 juta Euro bersamaan berapa juta RM ya?

“Allahu Akbar, takutlah kepada Allah S.W.T, kita akan mati. Takutlah kepada Allah S.W.T, kepada orang-orang sakit, orang-orang tua, anak-anak tahfiz, sekolah pondok sanggup ada yang ambik kesempatan.

“Dia ingat kami di Al Barakah ni b****h gamaknya,” tulisnya dalam kenyataan tersebut pada semalam.

Sehubungan itu, beliau berpesan kepada pengusaha-pengusaha maahad tahfiz, sekolah-sekolah pondok dan insan sakit sepertinya untuk lebih berhati-hati dengan ‘scammer‘ yang berani melakukan kerja kotor itu secaran terang-terangan.

“Mula-mula kata nak ziarah, lepas tu nak tolong berubat lepas tu bagi bon. Lepas tu? Awas sampai anda tertipu!” tegasnya di penghujung kenyataan.

BACA JUGA: Sihir: Ustaz Kazim Dedah, Sudah Ada Enam Orang Tampil Minta Maaf Setakat Ini

Sumber: Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias

Faiz Mustafa