Satu video yang memaparkan seekor lembu terlepas di tengah-tengah lebuh raya yang sibuk di Oklahoma City pada Isnin lalu telah menjadi tular di media sosial.
Menurut portal brobible, lembu tersebut telah terlepas dari sebuah ladang ternakan.
Kejadian itu telah menyebabkan pihak berkuasa terpaksa meminta bantuan ‘pakar’ untuk menangkap dan membawa lembu tersebut ke tempat selamat.
Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa terdapat dua orang koboi yang menunggang kuda sambil memegang tali di tangan mereka bagi menangkap lembut terbabit.
Selepas cubaan dua kenderaan untuk mengepung dan menghentikan lembut itu gagal, dua orang koboi itu terus mengejar lembu berkenaan.
Koboi pertama berjaya mengejar dan mengikat tali yang dilemparkannya pada bahagian leher lembu berkenaan. Setelah lembu tersebut dapat diperlahankan, koboi yang kedua pula terus melempar talinya ke arah kaki lembu itu bagi mematikan langkahnya.
Kerjasama antara kedua mereka berjaya membuahkan hasil sekali gus dapat menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Kejadian epik itu telah mengejutkan para penonton. Namun, meskipun ia mampu mengundang kecelakaan kepada pengguna lain, mereka langsung tidak mengendahkan insiden itu malah meneruskan pemanduan seperti biasa.
Hal ini dapat dilihat melalui video yang disertakan di mana pemandu van Fed Ex itu langsung tidak mengendahkan lembu yang berkeliaran itu malah meneruskan perjalanannya seperti biasa, lapor brobible.
COW LOOSE ON OKC HIGHWAY 🐄🤠 Sky 5 was flying over the moments when cowboys and emergency crews wrangled a cow that got loose on a busy Oklahoma City highway. https://t.co/pgZRNirP9R pic.twitter.com/NgnlgqiEEA
— koconews (@koconews) June 6, 2022
Sumber: Brobible