Siakap Keli
Gambar via Zunita Ramli

Seminit Pun Dah Kira Lewat, Ini Sebab Kereta Api Jepun Sentiasa Sampai Tepat Pada Waktu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagaimana kereta api di Jepun boleh sampai tepat pada waktu?

Pengangkutan awam seperti MRT, LRT, bus dan sebagainya penting untuk memudahkan pergerakan orang ramai sebagai altenatif untuk bergerak sama ada ke tempat kerja mahupun bersiar-siar di ibu kota.

Selain itu, terdapat juga kereta api yang bergerak dengan jarak yang lebih jauh seperi KTM dan ETS yang  berpangkalan di KL Sentral untuk ke utara, pantai timur dan juga selatan.

Namun, tidak semua jenis keretapi tadi mampu untuk bertolak atau sampai tepat pada waktunya, mungkin akan ada terlewat dua ke tiga minit atau mungkin lebih.

Lain pula dengan kereta api di Jepun yang sampai dan bertolak tepat pada waktu tanpa lewat mahupun sesaat. Menerusi lama Facebook milik Zunita Ramli melalui catatannya, #CatatanZunitaDiJepun, dia kongsikan kenapa dan bagaimana kereta api di Jepun oleh tiba tepat pada waktunya.

Ikuti perkongsian yang telah kami sertakan di bawah, semoga bermanfaat.

Rasanya ramai tahu yang pengangkutan awam kat Jepun ni sangat efisyen.

Tapi pernah tak terfikir macam mana pengangkutan awam macam kereta api kat Jepun ni sangat ‘punctual’ dan biasanya mesti sampai tepat pada masanya?

Haa, nampak mudah, tapi sebenarnya tak ya. Untuk capai benda ini, dua perkara sangat penting, ‘skill’ pemandu dan infrastruktur yang baik.

Gambar via Zunita Ramli
Gambar via Zunita Ramli

Sebab tu di Jepun kalau nak jadi pemandu kereta api, sebelum boleh memandu, mereka perlu menjalani latihan simulasi intensif sekurang-kurangnya 6 bulan.

Latihan simulasi ini pula mesti dilakukan dalam keadaan sama macam keadaan sebenar, iaitu ada gegaran keretapi, ada bunyi dan pemandangan luar. Benda ni penting untuk pemandu mahir cepat dan tepat.

Gambar via Zunita Ramli

Setiap pemandu kereta api juga akan ditemani Penolong Pemandu, sebagai Penjaga Masa (Time Cop Assistant). Penjaga Masa ini tujuan dia untuk bagitahu pemandu sama ada kereta api yang dia pandu tu cepat ke atau perlahan sangat. Satu minit lambat, sudah dikira lewat di Jepun.

Infrastruktur yang baik pun penting. Sebab tu di Jepun, kerja pemeriksaan landasan dan infrastruktur biasanya dilakukan secara manual, bukan guna mesin. 

Sebabnya hanya manusia je yang boleh pastikan landasan betul-betul dalam keadaan terbaik. Pemeriksaan secara manual ni memang makan masa dan bukan senang la nak buat, tapi sangat penting untuk pastikan infrastruktur sentiasa dalam keadaan terbaik.

Gambar via Zunita Ramli
Gambar via Zunita Ramli

Jepun memang ambil serius mengenai kereta api dan perjalanannya. Sampaikan Tsukuba Express bertolak 20 saat lebih awal pada tahun 2017 lalu pun boleh timbul isu yang besar. 20 saat, bukan 20 minit.

Tapi itulah, benda ni sebenarnya berkait rapat dengan budaya tepati masa tu juga. Bila budaya tepati masa tu memang diamalkan dalam kehidupan seharian, mesti semua benda pun kita akan buat agar tepati masa juga, kan? Begitulah.

Gambar via Zunita Ramli

Sumber: Zunita Ramli (Facebook) 

 

Faiz Mustafa