Siakap Keli
Kredit: MB Seremban

Ubah Suai Rumah Tanpa Kelulusan, Majlis Bandaraya Seremban Bakal Ambil Tindakan

SEREMBAN – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan mengambil tindakan terhadap pemilik rumah yang didapati melakukan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan di Mantin, Negeri Sembilan seperti yang tular di media sosial semalam.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masli Razali berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis arahan dan sitaan di tapak binaan sebanyak tiga kali kepada pemilik bangunan itu untuk menghentikan kerja-kerja binaan dan merobohkan binaan tambahan tersebut.

“Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan Majlis akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya ke atas kes ini ekoran keingkaran pemilik untuk mematuhi notis yang telah dikeluarkan.”

“Majlis memandang serius atas kerja-kerja pengubahsuaian tanpa kelulusan ini. Sebarang kerja-kerja pengubahsuaian bangunan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada majlis terlebih dahulu.”

“Lebih-lebih lagi dalam menjaga aspek keselamatan dan mengelakkan gangguan ketenteraman awam yang boleh mencetuskan sensitiviti warga bandar raya yang berbilang kaum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Masri berkata, segala tindakan yang diambil adalah bertujuan bagi menyejahterakan keharmonian warga bandar raya.

Sehubungan dengan itu, Majlis memohon sebarang aduan boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Majlis Bandaraya Seremban ataupun melalui Aplikasi respon Rakyat.

Sumber: Majlis Bandaraya Seremban

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.