Siakap Keli
ahli arkeologi mesir temui ratusan artifak purba
Gambar: The Washington Post

Ahli Arkeologi Mesir Temui Ratusan Artifak Purba, Termasuk Buku Ritual Kematian, Keranda & ‘Dewa’

Sekumpulan ahli arkeologi Mesir temui ratusan artifak purba seperti buku ritual kematian, keranda dan patung gangsa di Tanah Perkuburan Nekropolis Saqqara, dekat Kaherah baru-baru ini.

Menurut The Washington Post, Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri berkata, artifak-artifak itu dijumpai selepas proses penggalian dijalankan di tanah perkuburan tersebut.

artifak purba
Gambar: The Washington Post

“Dalam salah satu sarkofagus (keranda) kayu itu, buat pertama kalinya kami menemui, papirus (kertas atau dokumen) yang lengkap dan tertutup.

“Dokumen itu kemudiannya segera dipindahkan ke muzium untuk kajian lanjut,” katanya kepada media semasa pameran sementara pada Isnin.

Menurut Waziri, dia percaya penemuan itu sama dengan artifak Kitab Gerbang dan Kitab Orang Mati yang ditemui 100 tahun lalu. Kedua-dua ‘kitab’ itu mengandungi teks pengebumian Mesir Kuno.

Selain itu, penggalian itu juga turut menemui mumia dan 150 patung gangsa yang dianggap dewa Mesir, serta peralatan yang digunakan sejak zaman Akhir Mesir Purba kira-kira 500 sebelum Masihi.

Sementara itu, antara khazanah lain yang ditemui termasuklah 250 sarkofagus iaitu keranda yang dicat. Di dalam keranda itu turut menempatkan mumia yang masih terpelihara dengan baik.

artifak purba
Gambar: The Washington Post

Terdahulu, pada Februari 2021, ahli arkeologi menemui 16 bilik makam manusia di tapak kuil purba di pinggir bandar utara Alexandria. Dua daripada kesemua mumia itu mempunyai lidah emas.

Menurut kenyataan pegawai dari Kementerian Purbakala Mesir, mereka beranggapan lidah emas dimiliki mumia itu dipercayai mampu ‘bercakap di akhirat’.

Pada April tahun lalu pula, ahli arkeologi mengumumkan bahawa mereka telah menemui ‘kota emas yang hilang’ berusia 3,000 tahun di bandar selatan Luxor.

Menurut mereka, penemuan itu dikatakan boleh menjadi yang terbesar sejak makam Raja Muda Tutankhamen dibangunkan.

artifak purba
Gambar: The Washington Post

Nekropolis Saqqara adalah sebahagian daripada tanah perkuburan ibu kota kuno Memphis yang baru ditemui. Kini, tapak itu menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Dengan penemuan arkeologi tersebut, Kerajaan Mesir berharap ia akan membantu memulihkan industri pelancongan negara itu yang sangat memerlukan mata wang asing serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi Mesir juga bergantung kepada sektor pelancongan yang telah terjejas seedekad lalu akibat kekacauan politik selepas 2011. Ditambah lagi dengan pandemik yang melanda, sekaligus menyekat laluan keluar masuk antarabangsa.

Difahamkan, antara penyumbang terbesar dalam sektor pelancongan Mesir ialah pelancong dari Ukraine, namun kini terjejas akibat konflik Rusia-Ukraine yang sedang memuncak kini.

Sumber: The Washington Post

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.