Siakap Keli
remaja tembak ibu sendiri
Gambar: BBC

Berang Disuruh Berhenti Main ‘Game’, Remaja Nekad Tembak Ibu Sendiri

INDIA – Seorang remaja berusia 17 tahun yang ketagihan dalam permainan pertempuran atas talian telah menembak mati ibu kandungnya sendiri dengan menggunakan pistol berlesen milik ayahnya.

Insiden sadis itu berlaku apabila ibunya enggan memberi wang sebanyak RM 565 (Rs 10,0000) yang dimahukan untuk dia meneruskan permainan ke peringkat seterusnya, lapor Times of India.

Menurut polis, remaja lelaki itu mengheret mayat ibunya ke dalam sebuah bilik lalu menguncinya dari luar. Setelah itu, dia menjemput rakan-rakannya ke rumah untuk mengadakan pesta.

Keesokannya, remaja itu juga mengugut adiknya yang berumur 10 tahun untuk tidak membocorkan hal tersebut.

Remaja itu juga menghidupkan penyaman udara dengan suhu yang rendah serta menyembur wangian untuk mengelakkan bau busuk.

Sewaktu kejadian, ayah remaja yang merupakan seorang askar itu tidak berada di rumah kerana sedang bertugas di Benggala Barat.

Detik mengerikan itu telah diceritakan oleh adik perempuannya sebelum dia dihantar ke pusat kebajikan pada hari Rabu.

Menurut polis, budak perempuan itu dalam keadaan yang amat trauma kerana dia sedang tidur bersebelahan ibunya sewaktu kejadian.

Dia terjaga dari tidurnya setelah mendengar tembakan yang dilepaskan dan hanya dapat melihat sekujur tubuh ibunya yang telah kaku.

Menurut hasil bedah siasat, ibu remaja itu meninggal dunia akibat tembakan pistol yang dilepaskan.

Menurut polis, pada hari Selasa, pukul 11.30 malam, seorang rakan kepada suami mangsa telah menelefon polis kerana terhidu bau yang amat busuk.

Sejurus itu, polis bergegas ke lokasi kejadian dan memecahkan pintu untuk memasuki rumah tersebut. Setelah memasuki sebuah bilik, pihak polis melihat sekujur mayat yang hampir reput telah dibiarkan.

Menurut saksi yang merupakan adiknya, remaja itu telah bertengkar dengan ibunya kerana dia meminta wang sebanyak Rm565.

“Remaja itu amat marah apabila ibunya menghalang dia daripada menggunakan telefon bimbit untuk bermain permainan tersebut,” kata Polis berdasarkan kenyataan saksi.

Remaja lelaki itu bertindak untuk membunuh ibunya pada keesokan harinya, pada hari Sabtu sewaktu saksi tidur bersebelahan ibunya.

“Selepas membunuh ibu, dia menelefon seorang kawan dan mengajaknya untuk datang ke rumah pada hari Isnin. Mungkin sebab dia berasa takut.”

“Sementara mayat ibu dalam bilik itu, saya telah dikurung di bilik yang lain.”

Remaja lelaki itu menafikan punca dia membunuh ibunya disebabkan wang.

Dia menyatakan bahawa dia membunuh ibunya kerana marah akan ibunya yang memiliki hubungan sulit dengan lelaki lain.

Namun kenyataan itu sama sekali tidak diterima oleh pihak polis kerana tidak memiliki sebarang bukti mengenai wujudnya orang ketiga yang menjalinkan hubungan dengan ibunya.

Sumber: Times Of India

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.