Siakap Keli
lelaki berjaya pecah rekod dunia
Kredit: Wion News

Lelaki Berjaya Pecah Rekod Dunia, Angkat Beban 129.5kg Guna Satu Jari

ENGLAND – Seorang lelaki berjaya pecah rekod dunia apabila berjaya mengangkat beban seberat 129.5 kg dengan menggunakan hanya satu jari.

Kedengaran mustahil, tapi itulah kahikatnya. Steve Keeler yang berasal dari United Kingdom telah berjaya mengangkat beban tersebut malah telah dicatatkan secara rasminya dalam Guinness Book of World Record, lapor Wion News.

Artis seni bela dri profesional itu berjaya memecahkan rekod dunia yang telah dipertahankan selama 10 tahun dalam acara ‘deadlift’ satu jari paling berat.

Dia melakukan percubaan itu di Ashford, England pada Februari 2022 dan berjaya mengangkat beban seberat 129.5 kg dengan jari tengah tangan kanannya.

Percubaan Keeler melibatkan enam cakera besi yang memiliki keberatan seberat 10kg dan 20kg setiap satunya, manakala 3 cakera besi seberat 25kg dan selebihnya seberat 26kg.

Cakera besi itu disusun bersama cangkuk yang akan digunakan oleh Keeler bagi melengkapkan percubaan rekod dunia tersebut.

“Ia amat menyakitkan, namun jari saya kuat dan saya berbangga dengan kemampuan saya,” kata Keeler kepada laman web Guinness Book of World Records.

Laman web itu juga mengatakan bahawa Keeler berusia 48 tahun dan telah menjalani latihan daya kekuatan selama empat tahun.

Keeler telah menjadi pengamal judo dan karate sejak dia berusia 18 tahun dan ia merupakan sebuah kelebihan besar untuknya ketika mencuba memecahkan rekod dunia tersebut.

Rekod dunia itu sebelum ini dimiliki oleh Benik Israyelyan dari Armenia. Rekod itu kekal selama sepuluh tahun apabila Israyelyan berjaya mengangkat beban seberat 116.90 kg dengan jari tengah kanannya pada 2011.

Keeler mendedikasikan rekod dunianya itu kepada bapa tirinya yang dianggap ‘hero’.

Sumber: Wion News

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.