Siakap Keli
kelayakan piala asia 2023
Gambar: Bernama, FAM

Kelayakan Piala Asia 2023: 30,718 Tiket Telah Terjual Untuk Perlawanan Malam Ini

Misi mencari 3 mata penuh perlu diteruskan lagi pasukan bola sepak negara yang bakal turun menentang pasukan Bangladesh dalam perlawanan ketiga Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 hari ini.

Perlawanan yang dijadualkan pada jam 9.00 malam ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebanyak 30,718 tiket bagi perlawanan tersebut telah terjual setakat ini.

Menerusi ciapan di Twitter, FAM juga berkata tiket bagi menyaksikan perlawanan itu masih boleh dibeli oleh orang ramai menerusi saluran yang disediakan.

Dalam pada itu, Malaysia perlu bekerja keras menentang Bangladesh pada malam ini dan tidak melakukan kesilapan mudah bagi mendapatkan mata untuk ke pusingan seterusnya.

Ketika ini, Malaysia berada di tempat kedua dalam Kumpulan E dengan tiga mata selepas perlawanan menentang Bahrain pada Sabtu lalu.

Manakala, Bangladesh pula berada di tempat terakhir tanpa sebarang mata.

Bahrain pula selesa di kedudukan teratas kumpulan dengan enam mata sementara Turkmenistan di tempat ketiga dengan tiga mata.

Sementara itu, berdasarkan ranking lima naib juara terbaik selepas dua perlawanan, Malaysia berada di kedudukan terakhir.

Manakala Thailand, Kyrgyzstan dan India di posisi teratas dengan mengumpul enam mata manakala Filipina (empat mata) di tempat keempat, lapor Bernama.

Untuk pengetahuan, hanya juara kumpulan dan lima naib juara terbaik sahaja layak ke Piala Asia 2023.

Bagi yang berkelapangan, ayuhlah ke stadium malam ini untuk menyokong pasukan negara.

Sumber: FAM_Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.