Siakap Keli

Perlawanan Terakhir Lawan Bangladesh, Ini Ramalan Cuaca Sekitar Kuala Lumpur

Ketahui ramalan cuaca sekitar Kuala Lumpur hari ini untuk hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil

Sesiapa yang pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil hari Sabtu yang lalu pasti anda masih belum kejadian hujan lebat yang melanda sekitar stadium ketika itu sehingga keadaan padang menjadi bualan netizen.

Penyokong Harimau Malaya terpaksa berteduh lebih dua jam pada ketika itu sebelum dapat masuk ke stadium. Hari ini juga hari perlawanan dan menjadi perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2023 menentang pasukan Bangladesh.

Jadi, SK ingin berkongsi kepada anda ramalan cuaca sekitar Kuala Lumpur bagi memudahkan anda merancang perjalanan anda untuk ke Stadium hari ini. Lebih-lebih lagi jika anda menunggang motosikal.

Berikut adalah ramalan cuaca di Kuala Lumpur yang diambil dari laman web Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini:

Kebanyakkan daerah sekitar Kuala Lumpur hari diramal Tiada Hujan. Namun, penyokong Harimau Malaya dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan segala kemungkinan terutama peniaga yang berniaga sekitar kawasan stadium.

Penyokong juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan, masuk mengikut pintu yang tertera di tiket digital anda dan duduk di nombor kerusi yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan untuk masuk ke dalam stadium.

Skuad kendalian Kim Pan Gon hari ini turun dengan misi wajib menang selepas tewas dengan pasukan Bahrain tempoh hari. Perlawanan ini sangat penting bagi meletakkan Malaysia dalam kelompok 5 pasukan kedua terbaik untuk layak ke Piala Asia 2023 secara merit.

Sumber: MetMalaysia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.