Youtuber Jepun bongkar kejadian misteri rumah tua, salah satu aktiviti paranormal paling ‘real’ pernah dialami manusia ketika ini.
Banyak kejadian aneh dan seram yang telah kita dengari sejak kebelakangan ini, kebanyakannya ‘muncul’ dari Malaysia, Indonesia dan juga Thailand.
Salah satu kejadian seram yang pernah berlaku di negara kita sebelum ini adalah mengenai seorang individu yang diganggu oleh kereta Kancil misteri di sebuah lebuh raya ketika mahu pulang ke kampung dari ibu negara.
Difahamkan kereta bewarna putih itu muncul walaupun telah ‘dipotong’ berulang-ulang kali. Lebih menyeramkan, tiada pemandu yang memandu kenderaan tersebut. Kisah ini sama dengan kisah yang pernah tular dan sering menjadi bualan tentang kereta Volkswagen kuning.
BACA JUGA: Lelaki Kongsi Detik Seram Diganggu Jelmaan ‘Kancil Putih’ Di Highway
Menyelusuri satu lagi kisah seram, namun bukan dari Malaysia tapi Jepun yang dikongsikan oleh Add Palm dan kemudian diterjemahkan pula oleh pengguna Twitter bernama Rangga.
Kisah ini menceritakan pengalaman seram seorang Youtuber, Yama Q, berasal dari Jepun yang diganggu dengan bunyi-bunyi misteri dari rumah tua yang dibeli olehnya, dipercayai telah berusia lebih 50 tahun.
Ikuti kisah Yama Q yang telah kami sertakan di bawah.
Kisah Youtuber diganggu makhluk aneh
Bebenang ini mengisahkan seorang Youtuber dari Jepun, Yama Q yang membeli dan mengubah suai sebuah rumah hingga dia menemukan rahsia di sebaliknya.
Bilik mandi dengan suara ketukan misteri, objek yang bergerak dengan sendiri serta suara orang melolong seperti menangis dari luar rumah yang mungkin manusia dan mungkin ‘makhluk’ lain.
Utas ini menceritakan YouTuber Jepang Yama Q membeli dan merenovasi rumah hingga ia menemukan rahasia di dalamnya. Kamar mandi (KM) dengan suara ketukan misterius, benda bergerak sendiri atau suara melolong seperti orang menangis dari luar rumah yang bisa jadi manusia atau hantu! pic.twitter.com/25eSFo9SqK
— Rangga (@Rangga19105887) June 3, 2022
Yama Q atau Yama membuka channel Youtube pada 6 November 2020. Kebanyakan video-videonya adalah berkonsepkan pelancongan, bermain alat muzik sperti guitar (bass) dan yang paling utama adalah video berkaitan dengan pengubah suaian tumah tua yang sudah hampir lima tahun dia tinggal di situ.
Yama Q (selanjutnya disebut Yama) membuka channel YouTube pada 6 November 2020. Dia mulai mengunggah klip vlog umum seperti bepergian, bermain bass, utamanya klip tentang merenovasi rumah yang ditinggalinya saat ini yang merupakan rumah tua berumur lebih dari 5 tahun (1) pic.twitter.com/HBSFTaCEnY
— Rangga (@Rangga19105887) June 3, 2022
Yama yang tinggal di rumah ini dengan mengubah suai, menambah barang dan seterusnya merakam situasi-situasi ini dan dimuat naik dalam YouTube Channel miliknya beberapa bulan.
Hingga pada 12 April 2021 yang lalu, dia memuat naik satu video berkaitan mendengar bunyi sesuatu yang aneh. Dia mengambil telefon bimbitnya dan merakam pintu bilik mandi dan mendapati ia terbuka dengan sendirinya.
Dia seterusnya menuju ke bilik mandi dan tidak menemukan sesiapa pun di dalam, tambahan pula semua pintu tingkap masih terkunci rapi. Di akhir klip tersebut, Yama menjelaskan bahawa penghuni lama rumah ini meninggal dunia di bilik mandi dan ditemukan keesokan harinya.
Pintu KM terbuka sendiri. Yama menuju KM dan tidak menemukan siapapun di dalamnya padahal semua jendela dan pintu terkunci. Ditambah lagi di akhir klip Yama membeberkan sebuah kisah bahwa pemilik sebelumnya meninggal karena sakit di KMnya dan ditemukan tewas 2 hari kemudian! (3) pic.twitter.com/OZsnGS77lT
— Rangga (@Rangga19105887) June 3, 2022
Bermula dari itu, Yama terus berdepan dengan perkara-perkara misteri lain di bilik mandi yang semakin dahsyat. Dalam video yang dimuat naik pada 11 Jun 2021, Yama telah memasang satu kemera di sudut bilik mandi dan meninggalkannya di situ satu malam. Kemudian, kamera tersebut menunjukkan beberapa kejadian mistik.
Suara ketukan dari dua pintu, dinding dan barang-barang seolah-olah dilempar oleh sesuatu yang tidak kelihatan seperti sikat dan sebagainya. Keesokan paginya, Yama pergi ke bilik mandi untuk memeriksa keadaan yang telah berantakan bahkan lampu juga menyala dengan sendirinya.
Beberapa hari kemudian, Yama melakukan upacara membakar kemenyan bersama dengan garam dan juga sake untuk memberitahu kepada roh-roh bahawa dia akan tinggal di rumah itu. Pada 17 jun, dia sekali lagi memasang kamera Gopro di sudut lain bilik mandi dan sekali lagi merakam peristiwa yang misteri.
Suara ketukan berasal dari dua pintu, dinding dan barang di KM sampai salah satu sisir terjatuh dari lantai atas dan mendarat di lantai. Keesokan paginya, Yama pergi ke KM untuk memotret kondisi KM yang berantakan. Bahkan lampu toilet menyala sendiri. (5) pic.twitter.com/Wc5ussqvWo
— Rangga (@Rangga19105887) June 3, 2022
Ketukan trdengar di smua ruangan. Tutup kotak brgerak. Botol jatuh ke wastafel, suara ketukan di pintu KM dibarengi suara misterius yg tidak diketahui siapa. Esoknya, Yama menyemprot ruangan dengan pewangi untuk mengusir roh di dlm ruangan. Dia mndengar spray itu bs membantu (7) pic.twitter.com/VupisgaU3M
— Rangga (@Rangga19105887) June 3, 2022
Ketukan kedengaran di setiap ruangan, penutup salah satu kotak barangan bergerak, botol dan beberapa barangan jatuh dengan sediri. Keesokan harinya, Yama menyembur setiap ruangan itu dengan pewangi untuk menghalau roh dalam ruangan tersebut.
Seminggu kemudian, Yama pulang dari tempat kerja dan menemukan kemenyan yang telah terjatuh berselerak di tempat tapak nyalaan kemenyan. Yama merasakan kejadian misteri ini berkait rapat dengan hutan yang telah ditutup. Dia kemudian mencari tahu tentang rumah itu di peta.
Yama menemukan bahawa rumah di itu dibina pada tahun 1970-an, sebelum itu kawasan tersebut hanyalah sebuah hutan dan merupakan tempat makan suku kuno di masa lalu. Tempat tinggal itu dikelilingi oleh kubur kuno sebelum menjadi sebuah desa.
Dia sekali lagi menyalakan kemenyan di kawasan bilik mandi dan mendapati ada ketukan pintu di belakangnya. Tapi, sebaik sahaja dia menoleh ke belakang, tidak ada sesiapa. Yama juga telah memasang kamera ke arah kemenyan jatuh dan mendapati pintuk bilik mandi itu tertutup dan terbuka dengan sendirinya.
Setelah tanggal 14 Julai 2021, Yama sekali lagi memasang kamera di bilik mandi dan menemukan hal misteri lainnya. Pintu bilik mandi dibuka kemudian dilipat dan ditutup dengan sendirinya.
Setelah tgl 14 Juli, Yama memasang kamera di KM & menemukan hal misterius lainnya. Pintu KM yg dibuka kmudian dilipat & ditutup dengan sndirinya. Serta suara misterius dr KM. Paginya Yama memotret jndela luar. KMnya tak ada lantai 2nya. Bagaimana bisa ada orang msuk ke sini? (11) pic.twitter.com/UW3pwGpqJZ
— Rangga (@Rangga19105887) June 3, 2022
Terdapat juga suara misteri dari bilik mandi tersebut. Keesokan paginya, Yama mengambil video tingkat dari arah luar bilik mandi, tidak ada jendela dan tingkat dua, bagaimana orang lain boleh masuk.
Pada 28 September pula, ketika Yama sedang tidur, tiba-tiba dia terdengar suara tangisan dari arah luar rumah dan sebaik sahaja dia keluar rumah untuk mengesahkan suara tersebut, ia berhenti dan tidak ada sebarang benda hidup orang atau haiwan yang kelihatan.
Pada 2 Oktober, Yama menemukan lagi satu misteri, setelah terdengar bunyi ketukan dari arah sisi tandas. Saat Yama berjalan di sekitar ruangan serta menyalakan lampu, bunyi ketukan itu tidak berhenti. Ketika membuka pintu, barulah bunyi ketukan itu berhenti dengan serta merta. Anehnya, tidak ada apa-apa yang ditemukan di dalam ruangan tersebut.
Pada 2 Okt, Yama mnemukan misteri lagi. Stelah ketukan trdengar di sisi toilet. Saat Yama berjalan di skitar ruangan serta menyalakan lampu, suara ketukan tidak berhenti. Ketika membuka pintu baru ketukan itu berhenti. Anehnya tidak ada apa pun yang ditemukan di dlam ruangan (13) pic.twitter.com/UhH4oElFAf
— Rangga (@Rangga19105887) June 3, 2022
Pada 4 Oktober, Yama mendengar tangisan dari luar rumah. Ketika dia berjalan keluar, tidak ada sesiapa yang dia temukan di luar rumah. Keesokan harinya pula, Yama mendengar suara anjing menyalak yang kuat. Apabila dia menjengah ke luar rumah, dia dapati anjing tersebut sedang menyalak ke arah rumahnya dan dirinya.
Yama mula berfikir soal suara beberapa hari lalu yang masih tidak ada jawapan dan suara itu bukanlah dari nyalakkan seekor anjing. Namun dia tetap merasa aneh. Tambahan pula, suara itu menghilang ketika Yama mendekati berbeza dan klip anjing yang terus menyalak ketika didekati.
Yama berpikir suara beberapa hari lalu yg tdak dia temukan suara anjing. Tp dia masih merasa aneh. Suaranya tidak terdengar seperti suara anjing. Ditambah, suara itu menghilang seperti tahu Yama menghampirinya. Berbeda dengan klip anjing yg trus menggonggong ketika didekati (15) pic.twitter.com/tMhCKFtxsB
— Rangga (@Rangga19105887) June 3, 2022
Beberapa hari kemudian, Yama memerhatikan loteng yang gelap gelita yang berada di bahagian atas bawah bilik mandi yang tidak ada jalan kelaur untuk makhluk hidup termasuk binatang. Yama cuba mengetuk dinding loteng tersebut menyamakan dengan suara ketukan aneh itu dari dinding.
Pada 16 Oktober, Yama dengar suara misteri itu lagi dan suara itu sama dengan suara melolong seperti manusia di kawasan luar rumah, Yama keluar dari rumah mencari punca suara tersebut hingga ia berhenti secara tiba-tiba.
Akhirnya, Yama berbual dengan jiran-jirannya dan mendapati bahawa mereka juga mendengarkan hal yang sama namun juga tidak menemukan punca dari mana datangnya suara tersebut.
Pelbagai lagi untaian berkisarkan kisah seram yang dialami Youtuber ini. Nak tahu cerita selanjutnya, anda boleh baca terus di Twitter miliknya melalui pautan sumber di bawah ini.
Sumber: Rangga (Twitter)