Ramai yang masih tidak tahu bahawa berbilion-bilion e-mel termasuk spam yang tidak diingini, tidak dipadam dan disimpan di dalam peti mel masing-masing sebenarnya mencemarkan Bumi dan tindakan kita memadamnya dapat membantu mengurangkan kadar pelepasan gas karbon dioksida.
Memetik kenyataan dari Parth Garg menerusi aplikasi Medium, benar e-mel juga salah satu penyumbang kepada pelepasan gas karbon dioksida. Malah, perkara ini memang sudah dijangka oleh beberapa oragnisasi besar yang menyimpulkan bahawa e-mel boleh mencemarkan planet kita.
Difahamkan, e-mel yang dihantar menerusi jaringan internet perlu disimpan di suatu tempat terlebih dahulu. Kebiasaannya, ia akan disimpan di beberapa pelayan internet di seluruh dunia. Manakala pelayan-pelayan ini akan disimpan di satu pusat penyimpanan data yang besar dimana ia menggunakan jumlah elektrik yang sangat tinggi untuk beroperasi setiap hari.
Seperti yang kita tahu, sebahagian besar bekalan tenaga elektrik hari ini dijana melalui pembakaran bahan api fosil dan proses ini sudah tentunya banyak membebaskan gas karbon global (CO2e). Jadi korelasinya adalah tepat, e-mel memang menyebabkan pelepasan gas rumah hijau.
Greenpeace juga menganggarkan penggunaan kuasa pusat seluruh dunia pada tahun 2012 kira-kira 382 bilion Kwj. Manakala pusat data global telah menggunakan lebih kurang 416 TWj pada tahun 2016, hampir 40% lebih banyak daripada keseluruhan United Kingdom.
Satu kajian oleh McAfee telah menganggarkan bahawa sejumlah 62 trilion e-mel spam di seluruh dunia telah dihantar pada tahun 2008 (bayangkan jumlahnya pada tahun 2019). Purata e-mel spam telah menyebabkan pelepasan bersamaan dengan 0.3 gram karbon dioksida (CO2) bagi setiap mesej.
Di peringkat global, penggunaan tenaga spam tahunan berjumlah 33 bilion kWj bersaaman dengan tenaga elektrik yang digunakan di 2.4 juta rumah dengan melepaskan gas rumah hijau (GHG) yang sama seperti 3.1 juta kereta penumpang yang menggunakan dua bilioan gelen petrol A.S.
Penapisan spam menjimatkan 135 TWj elektrik setahun bersamaan dengan 13 juta kereta yang berada di atas jalan raya.
Tindakan yang perlu diambil untuk kurangkan pelepasan gas rumah hijau
Jawapan yang sangat mudah, pada semua e-mel dan juga e-mel ‘spam’ yang tidak diperlukan. Anda boleh meluangkan sedikit waktu untuk ‘kemas’ peti e-mel anda. Kosongkan folder ‘spam’ setiap hari dan nyah langgan semua e-mel pemberitahuan daripada media sosial dan laman web lain yang tidak diperlukan.
Pengiraan kasar purata saiz e-mel
Lebih kurang 2.3 bilion pengguna e-mel di dunia dan purata saiz satu e-mel adalah 75 kb. Jadi, bayangkan jika setiap orang memadamkan sekurang-kurangnya 10 e-mel yang tidak diingini (spam dan bukan spam), ia mampu mengelakkan 1,725,000 GB data daripada disimpan dalam pelayar internet di seluruh dunia.
Tenaga yang digunakan untuk menyimpan 1 GB data adalah sekitar 32 kWj. Jadi, jika jumlah data berkenaan disimpan, ia memerlukan sekitar 55.2 juta kWj tenaga elektrik untuk menggerakkan pelayar tersebut.
Kesimpulannya, perkara itu akan mengurangkan kira-kira 39,035 tan metrik CO2e bersamaan dengan 19,356 tan arang batu yang dibakar setiap hari untuk menjana jumlah elektrik (dengan mengandaikan bahawa bahan api fosil digunakan).
Itulah jumlah tidak masuk akal C02e yang dilepaskan ke ruang atmosfera setiap hari yang boleh diselamatkan.
BACA: Kejayaan Skuad Kebangsaan Layak Ke Piala Asia 2023 Amat Bermakna Buat Johor
Sumber: Parth Garg (Medium)